Hiburan

“Alhamdulillah Maream, kita berjaya lakukannya!” – Farah Lee kongsi kejayaan raih ijazah Masters di UK

SELEBRITI media sosial Farah Lee melakar sejarah tersendiri dengan meraikan hari konvokesyen dalam satu majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom pada Selasa.

Menurut Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 30, dia sepatutnya menggenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak pada Julai 2020, namun terpaksa ditangguh gara-gara pandemik.

Menerusi laman sosial Instagram, Farah berkongsi momen-momen istimewa bersama nukilan khas bersempena hari bahagia tersebut untuk tatapan umum.

“Pada 11/9/2018, seorang ibu tunggal bersama anak berusia 4 tahun berhijrah ke sebuah negara asing, meninggalkan semua yang mengenali mereka, gaya hidup yang selesa untuk menimba ilmu.

“Hari ini: dunia baharu, wajah baharu, kehidupan baharu.

“Hari ini 22/3/2022, memori, keringat, tangisan, kesakitan, senyuman, ketawa dan kasih sayang, semuanya menjadikan hari ini indah.

“Akhirnya saya bergelar graduan Masters,” tulis Farah di ruangan kapsyen.

 

Dalam pada itu juga, bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

Malah, dia menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang penyabar dan sentiasa menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga tamat pengajian.

“Alhamdulillah Maream, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan sejak hari pertama kita berada di sini.

“Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka membantu dan tabah.

“Ibu tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi ibu.

“Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream,” jelasnya.

 

Lebih istimewanya lagi bagi majlis konvokesyen Masters ini, Farah mengenakan batik sarung yang sama semasa majlis graduasi kejuruteraan mekanikal di universiti Korea Selatan pada tahun 2013.

Di ruangan komen, ia dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah, inspirasi, kata-kata pujian dan semangat untuk Farah terus cemerlang dalam bidang pendidikan yang diceburinya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 87,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Maream yang kini berusia 8 tahun.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button