Hiburan

“Stylist ‘Lelaki’ Ditegur Tak Jaga Batas?” Ini Jawapan Balas Fauziah Nawi

Baru-baru ini, seorang stylist memuat naik sepotong video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya menyiapkan pelakon berbakat besar, Fauziah Nawi.

Menerusi video berkenaan, stylist yang dikenali sebagai Pejoy Yahaya itu sedang mengemaskan sarungan tudung pada Fauziah sambil aktres berkenaan menelaah skrip.

 

 

Sungguhpun ia terlihat biasa, namun, lain pula ceritanya pada mata netizen.

Video:

@pejoyyahaya Reply to @ubaishahrn jawapan untuk penceramahan isu ini #fyp #fyp #xybca#fypppppppppppppp original sound – pejoyyahaya?

Seorang pengguna TikTok menulis meninggalkan komen yang berbunyi:

“Lebih baik ibu (panggilan mesra Fauziah Nawi) pakai sendiri sebab dah biasa pakai kan. Maaf kan saya andai saya salah,” tulisnya.

Kemudian, seorang lagi netizen bersuara:

“Yup betul saya tak pertikaikan niat cik. Cuma saya tegur batasan dan cara tu. Matlamat tak halalkan cara. Semoga sentiasa murah rezeki. Amin,” luahnya.

Pejoy kemudian memuat naik video yang menampilkan respons Fauziah mengenai hal berkenaan. Fauziah meminta supaya tidak menyalahkan stylist dan juga make-up artist memandangkan itu merupakan tugas mereka.

 

Selain itu, kerja-kerja yang melibatkan penggayaan dan solekan untuk drama selalunya melibatkan tenaga kerja lelaki.

“Assalamualaikum, saya Fauziah Nawi dalam cerita Nenda ini dan stylist kita adalah Pejoy. Pejoy adalah lelaki. Azri 1976 juga lelaki, make-up artist.

“Dah mereka yang dapat job ni, saya ni sebagai pelakon tak boleh nak cakap apalah. Maksudnya di sini, walaupun mereka lelaki, mereka tahu adab. Dah tersentuh tu nak buat macam mana.

“Saya minta maaf pada semua orang janganlah mar4h kami. Sebab stylist dan make-up artist ni biasanya lelaki. Jarang dapat perempuanlah kan? Tak tahulah nak cakap apa minta maaflah kalau itu menyinggung perasaan semua orang. Saya minta maaf,” katanya ringkas.

 

Sumber:Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button