“Memang rasa terkilan dan bersalah” – Takut cucu terj4ngkit, ibu bapa Ezzaty pindah keluar rumah waktu malam… Paling risau anak dalam pantang

TERKILAN dan rasa bersalah, itu luahan pelakon Ezzaty Abdullah apabila melihat ibu bapanya terp4ksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuar4ntib selepas dij4ngkiti C0v1d-19.
Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan v1rus berkenaan menj4ngkit.
Ezzaty, 32, yang kini dalam tempoh berpantang di rumah orang tuanya yang terletak di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.
“Ini rumah mereka, tetapi mereka pula yang terpaksa keluar disebabkan tidak mahu memberi kesan jangk1tan kepada saya dan bayi yang baru lahir.
“Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan.
Ezzaty kini sedang berpantang di rumah ibu bapanya
“Saya pun tidak boleh balik ke rumah saya kerana sedang dalam proses renovasi dan tidak sesuai untuk tinggal dengan keadaan sedang berpantang,” kata Ezzaty kepada mStar.
Menurut Ezzaty lagi, dia berasa sedih kerana tidak boleh membantu ibu bapanya mengemas barang-barang keperluan sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.
Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan
EZZATY ABDULLAH
PELAKON
“Saya melihat mereka bersusah-payah mengemas kain baju dan angkat barang masuk kereta namun tidak dapat menolong. Itu yang membuatkan saya rasa sedih dan bersalah.
“Kemudian ibu bapa saya terpaksa mengemas rumah arwh nenek itu kerana tempat tersebut tidak dihuni selepas nenek men1ngg4l dunia.
“Sekurang-kurangnya mereka berdua di sana bebas dalam satu rumah. Adik-beradik lain juga boleh bantu menghantar keperluan makanan untuk mereka,” katanya.
Pada malam Sabtu, Ezzaty berkongsi video di media sosial menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut kelihatan anak pertama mereka iaitu Harum Dalia, 5, menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.
Azwan dan Ezzaty bersama anak pertama mereka, Harum
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga bimbang jika keadaan yang berlaku ini boleh mengganggu emosi dirinya yang sedang berpantang.
“Emosi wanita yang baru lepas melahirkan anak memang tidak stabil. Saya rasa sedih dan tertekan.
“Apa lagi memikirkan keadaan anak pertama dan bayi yang baru lahir.
“Saya hanya mampu bertenang, amalkan zikir dan selawat supaya tidak menggangu emosi diri sendiri,” jelasnya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: