Hiburan

‘Pastu Aku Nak Kerja Naik Apa’ – Luahan Azhan Rani Ada Betulnya, Padahal Bulan2 Dia Tetap Kena Bayar Jugak

Nama pelakon Azhan Rani sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat drama Melayu.

Mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2006, Azhan Rani yang terkenal dengan watak-watak antagonis sebelum ini kurang diberikan publisiti.

Namun pada tahun 2014 ketika Azhan berlakon dalam filem Saloma dengan membawakan watak sebagai A.R Tompel, lakonan hebat Azhan itu dikatakan menjadi pencetus kepada populariti beliau.

Dengan iras wajah dan cara ketawa yang mirip A.R Tompel, lakonan Azhan dipuji ramai sehingga membuka mata pelbagai pihak.

Dan kemuncaknya selepas berlakon dalam drama popular Nur sebagai Ustaz Hamadi tahun 2018, nama Azhan Rani terus melonjak dan meniti di bibir peminat.

Meskipun terbaris sebagai antara pelakon paling berbakat di Malaysia, Azhan Rani jarang sekali terbabit dalam sebarang kntroversi.

Jarang sekali beliau berkongsi kisah peribadi sebagaimana artis BBNU suka buat.. paling banyak pun dia cerita pasal naik motosikal besar pergi jalan-jalan cari makan, itu jer!

“Dah problem kenapa jual lagi?”

Sementara itu dalam perkongsian terbaru di Instagram, Azhan Rani mencuri tumpuan apabila beliau berkongsi luahan yang seakan tidak boleh dibendung lagi.

” Sape geng X70 ada masalah gear jerking?

” Tahun 2019 aku cukup obses dengan kereta ala-ala knight rider ni. Selepas 2 tahun ada jerking (tersedut-sedut) sikit terutama bila gear rendah.

” Katanya ni memang masalah biasa X70. Aku je yang lalai baru tau..” tulis Azhan.

Menurut Azhan, sudah lebih seminggu kereta di hantar ke pusat servis namun mendapat jawapan mengecewakan apabila terpaksa menunggu lebih lama.

” Dah seminggu lebih dia kat service centre. Tadi aku telefon katanya mungkin 2 ke 3 minggu lagi aku kena tunggu. Diorang try repair dan  test.

” Kalau ok aku dapat balik. Kalau tak ok aku kena tunggu lagi tak tau berapa lama lagi untuk diorang issue gear box yang masih under warranty lagi tu.

” Pastu aku nak kerja naik apa? Grab?

” Pastu bulan-bulan tetap kena bayar bank kan? Pastu dah problem kenapa jual lagi..eh malas la nak pikir ..nak nyanyi jap… dah jangan kacau aku..” tulis Azhan.

 

Perkongsian Azhan itu telah meraih hampir 5 ribu tanda suka dan lebih 200 komen.

Selain dari meminta Azhan bersabar dan mendoakan urusan pelakon itu dipermudahkan, segelintir peminat turut berkongsi msaIah serupa dan memberi cadangan kepadanya.

” Memang problem X70 ni, ramai owner dok complaint.. Mujur la kami ambil BRV, suami kata kita pakai keta import la pulak..sebelum ni kelisa comey..” tulis Azian.

” Kalau lama lagi, boleh call proton HQ dan buat email complaint..Minta courtesy car jika melebihi 1 bulan repair…and minta salesman yang jual haritu tolong follow up jugak..” tulis Izhar.

Namun ramai juga pengikut Azhan yang mengatakan mereka tidak mengaIami msaIah selepas bertahun menggunakan kereta tersebut seperti mana dialami Azhan.

” Setakat hari ini kereta saya X70 tahun ni dah masuk 2 tahun, so far okay takde apa-apa msaIah.. Alhamdulillah” tulis Anep.

Info menarik tentang Azhan Rani

1) Azhan bin Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai Azhan Rani dilahirkan pada 24 Januari 1976.

2) Azhan merupakan anak kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin. Bapanya meninggI dnia pada 21 Ogos 2016 di usia 71 tahun.

3) Kini berusia 46 tahun, Azhan masih belum berkahwin dan seluruh hidupnya berbakti kepada ibunya.

 

4) Berasal dari Tanjung Karang, Selangor, Azhan memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi drama radio di mana sebanyak 100 buah drama radio sudah dibintanginya seperti Tuah Si Pandir dan Kesetiaan Seorang Pahlawan.

5) Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

6) Dikatakan pengarah Along Kamaluddin orang pertama mengajak beliau mencuba nasib dalam drama. Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan.

7) Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi.

8) Meraih trofi kategori Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 dan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

9) Januari 2022 Azhan terlibat dengan kmIangan sehingga memaksa beliau ‘melepaskan’ watak dan ditukar kepada penampilan khas berikutan kecderaan yang dialami.

10) Tahun 2021 lakonan Azhan dalam drama KL Gangster Underworld 2 (KLGU2) curi perhatian di mana dialog beliau ‘wa lover wa bukan fighter’ tular di media sosial apabila ramai membuat vdeo dan mengajuk dialog tersebut.

Sumber:IG Azhan Rani, Iluminasi dan MuzikJalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button