” Penantian tepat 2 tahun , akhirnya.. ” – Setelah Sekian Lama Menunggu, Akhirnya Isteri Alief Irfan Kini H4mil Anak Pertama

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat. Namun tidak semua pasangan mudah mendapat cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.
Sama seperti pasangan Youtuber ini iaitu Alieff Irfan dan isterinya Bella. Sebagai isteri, siapa yang tidak terkilan jika masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lama berkahwin lebih-lebih lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri yang baru mendirikan rumah tangga sudah h4mil.
Sebelum ini, Alieff Irfan channel telah memuat naik video sambutan hari ulang tahunnya ke-24 yang telah dirancang sepenuhnya oleh isterinya Bella.
Di dalam video tersebut, Bella telah berkongsi momen-momen sebelum membuat kejutan istimewa buat suaminya itu.
Bella telah membuat kejutan untuk suaminya dengan membawa ibu Alief dari Kelantan ke majlis sambutan ulang tahun tersebut di ibu negara.
Melihat kelibat ibu tersayang bersama keluarga, Alief terkejut dan seb4k kerana terlalu gembira.
Namun apa yang menyentuh hati apabila di penghujung video yang dikongsikan itu, Bella telah memanggil ibu dan ibu mertuanya untuk bersama mereka suami isteri di hadapan kamera.
Lantas itu, Bella tiba-tiba menangis sambil memberi ucapan. Situasi menjadi sed1h apabila Bella meminta ibu dan ibu mertuanya untuk bersabar menunggu kehadiran cahaya mata pertama dari mereka berdua.
“Untuk umi, ibu , Alief. Bella harap umi dengan ibu sabar untuk along dapat zuriat”
Tambah Bella, dia sedar mungkin rezeki mereka masih belum sampai namun dia juga berniat untuk menggembirakan keluarga dengan kehadiran cahaya mata.
“Bella nak happykan umi dengan ibu dengan kehadiran zuriat pertama dari Bella dan Alief. Umi dengan ibu harap sabar.”
Melihat Bella menangis, Alief lantas memelvk Bella dan memberitahunya untuk tidak berkata seperti itu lagi.
Alief turut berpesan untuk sentiasa berdoa kerana ia berada di luar kawalan mereka malah iainya ketentuan Allah SWT.
Reaksi Alief itu telah membuat rata-rata netizen memujinya kerana memahami perasaan Bella dan dirinya bersikap melindungi isteri dari mempunyai perasaan sebegitu.
Namun baru-baru ini melalui laman instagram rasmi miliknya, Bella mengumumkan bahawa dirinya kini sedang h4mil.
” Alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan .
Penantian tepat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perutku .
Dengan berbagai dugaan , hin4an & kec4man yang dapat selama 2 tahun ni . Ada yg cakap saya mandvl . Ade yg cakap kami x bernasib baik . Allahu akbar !
Tapi saya tetap sabar & senyum walau dihina banyak kali . Sebab saya percaya Rancangan Allah swt . Allah maha besar , Maha mendengar lagi maha mengasihani .
Terima kasih lagi sekali untuk family saya , family mertua saya yang tak putus doakan rezeki zuriat untuk saya dan suami .
Cuma nasihat bella untuk semua orang kat luar sana . STOP untuk hin4 org lain , lagi2 korang x tau perjuangan mereka yg nak dapatkan anak . Nampak diorg senyum , tapi dalam svmpah diorang sed1h & down . Kalau boleh mulut jaga tau . tak baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt . Allahu akhbar .
Untuk anakku , mommy & daddy akan jaga awak baik2 . InsyaAllah . Semoga Allah swt lindungi kandungan ini dan semoga membesar dengan sihat walafiat . Amin ya Allah ” Tulis Bella di ruangan kapsyen.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 622,180 tontonan, 170,928 tanda suka dan pelabagai reaksi komen dari netizen rata-rata mengucapkan tahniah kepada Bella.
Komen netizen:
Sumber: Instagram bellestrelle
Kredit: Merpati Putih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: