Hiburan

Selamat langsungkan nikah, Heliza Helmi sah bergelar isteri. Rupanya Suami Heliza Bukan Calang2

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ramai nampaknya memulakan tahun baru 2022 dengan sesuatu yang cukup membahagiakan seperti melangsungkan pernikahan.

Heliza Helmi dah bernikah

Penyanyi, Heliza Helmi, 36, dikatakan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai  jutawan bergelar Datuk. 

Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. 

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar. 

 

Nur Heliza Helmi adalah selebriti dan juga aktivis kemanusian telah melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.

Hal tersebut juga telah dikongsikan photographer artis iaitu Aqoimran di Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Ago telah

mengucapkan selamat pengantin baru

kepada selebriti itu dan mendoakan agar

hubungan rumah tangga yang dibina kekal

bahagia hingga ke Jannah.

Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja

 

Sehubungan dengan itu, Instagram Aqoimran telah dihujani dengan ucapan tahniah buat Nur Heliza Helmi bersama Dato’ Sri Mahadi yang sudah sah bergelar suami dan isteri.

Antara komen rakan artis dan netizen

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: OMM via utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button