Hiburan

Lama Tak ‘Pekena’ Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Pergi Pulau Pinang

Seperti yang diketahui, kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sudah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berdamai.

Lama tak makan nasi kandar

 

Pasangan ini memilih bersikap terbuka berkongsi kebahagiaan mereka di platform media sosial masing-masing.

Terbaru, Nynaa memuat naik sebuah video yang memaparkan mereka bercuti di Pulau Pinang. Menerusi rakaman itu, Nynaa dan Fahmi, 29, kelihatan menaiki jet peribadi bersama seorang individu yang tidak dapat dikenalpasti siapa.

Netizen fokus jet peribadi

Perkongsian pelakon berumur 25 tahun itu telah mencuri perhatian wargamaya. Rata-rata pengikut tertarik dengan jet peribadi yang dinaiki pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal yang bukan calang-calang orang mampu naik.

 @hatini207: Flying jet peribadi ke?

 @areena_shay: Wow jet peribadi!

 @nr__amna: Perghhh naik jet peribadi.

Selain itu, warganet turut tumpang gembira melihat senyuman yang terukir pada pelakon drama Kekasih Paksa Rela selain mendoakan agar rumah tangga ini kekal hingga akhir hayat.

@nurilani: Sweet couple.. Semoga berbahagia      selalu, Nynaa dan suami.

@hasnifairuz: Semoga bahagia sampai syurga. @mummy_shasha_0_0: Semoga bahagia selalu. Seronok tengok sis dan suami.

Terdahulu, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan pencer4ian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Bagaimanapun, pada 11 November, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.m

Sumber: Instagram @nynaaharizal___

Kredit: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button