Hiburan

[VIDEO] “kau balik rumah cermin muka sendiri. Kau layak ke?” Shiha Zikir sed1h dih1na rakan artis, anggap tidak layak berada dalam industri seni

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan pernah dihubungi rakan artis yang berasa kurang senang dengan pencapaiannya dalam industri seni.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 34, berkata, dia tidak menyangka individu yang baik dengannya sanggup mengeluarkan kata-kata negatif dan memandang rendah bakatnya.

“Saya masuk industri nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu saya… siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sak1t nak jadi Shiha. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami.

“Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada kawan satu industri hubungi saya, tiba-tiba nak m4rah. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri. Kau layak ke?’

“Sepanjang 20 minit dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang yang saya tak sangka akan cakap begitu. Dia persoalkan apa yang saya buat dalam industri.

Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

“Mungkin sebab orang nampak saya buat semua benda dan menyebabkan mungkin ada beberapa pihak yang kurang senang dengan saya. Tapi saya nak cakap satu saja, saya tak pernah merayu tetapi Tuhan yang beri (rezeki),” katanya kepada mStar.

Pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 itu ditemui ketika sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Anugerah yang akan dikendali oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad akan diadakan pada 30 Januari 2022 di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Penyanyi Khai Bahar berjaya mendominasi senarai akhir dengan lima pencalonan iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP.

 

Shiha tercalon empat kategori AME 2021.

Manakala kumpulan yang kian popular, Dolla dan penyanyi Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat kali pertama dalam empat kategori.

Selain itu, Shiha turut mendedahkan dia kerap mengalami serangan pan1k di rumah disebabkan terlalu memikirkan perkara yang terjadi dalam kerjaya seninya.

“Bila dapat call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, baru la saya masuk rumah jumpa ibu.

“Walaupun cakap dekat ibu tak ada apa, tapi tak boleh nak sorok kesedihan. Sebenarnya dah beberapa kali saya rasa down sehingga mengalami serangan panik.

“Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat… sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan pan1k ni,” ujarnya.

 

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button