Hiburan

“Our Yonnyboii dah jadi Yonnyman” – Sebulan bertunang, Yonnyboii dah jadi suami orang!

 

SEBULAN mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii selamat bergelar suami kepada influencer Nik Nazira Nariman dalam sebuah majlis di Duchess Place, Ampang pada Sabtu lalu.

Manakala, Nik Nazira, 22, turut memuat naik foto-foto di Instagram memperlihatkan pasangan itu berpakaian warna putih duduk di atas pelamin.

“Bismillah, I married my bestfriend.

“Kami melangsungkan majlis nikah yang kecil dan intimate yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Jumpa nanti pada majlis sanding kami tahun depan,” ujarnya.

 

Yonny dan Nik Nazira kini suami isteri.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Our Yonnyboii dah jadi Yonnyman. Congrats Yonny dan wife.

“Tahniah semoga dikurniakan perkahwinan yang aman dan bahagia sampai syurga.

“Tahniah kedua-duanya semoga kekal hingga ke jannah,” antara komen peminat di media sosial.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada Januari tahun depan.

Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada 9 Oktober lalu selepas sebulan bercinta.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button