Hiburan

“Kelu Lidah Dato Ct Belanja Anak Saya” – Siti Nurhaliza Spontan Belanja Peminat

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik perkongsian video terbaharu menerusi platform YouTube yang menampilkan diri beliau bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah di sebuah gedung permainan.

Menerusi video tersebut, Aafiyah dilihat sedang memilih hadiah buat adik kesayangannya, Muhammad Afwa yang kini berusia enam bulan.

 

Lebih menarik, di penghujung video Datuk Siti dilihat menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan turut berasa di kaunter pembayaran ketika beliau sedang membuat pempayaran.

Meh Mak Iti belanja

Tanpa banyak bizara, Siti membayarkan permainan yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut dan mendoakan agar peminat sentiasa gembira dengan apa sahaja yang dilalui oleh mereka.

 

 

 

Menerusi ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Maliani Haji Abdul mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Cindai itu.

Allahuakbar kelu lidah apabila bertemu dengan idola kesayangan semua. Terima kasih Dato Ct belanja anak saya.

Rata-rata netizen turut memberikan respon positif dan memuji sikap Siti yang lebih mesra disapa TokTi. Netizen turut mendoakan semoga rezeki TokTi dimudahkan dan berada dalam keadaan ceria selalu.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button