Viral

Pelajar cemerlang, dapat banyak anugerah akhirnya jual mi kari selepas keluar universiti! Ibu seperti tidak menyokong tapi kini mampu jana RM10,000 sebulan

SIAPA cakap berniaga itu mudah?

Soalan itu dilontarkan seorang pengguna aplikasi TikTok yang juga seorang peniaga muda yang menjual mi kari, Rifqa Abdul Halim.

Dia turut berkongsi video yang memaparkan berbungkus-bungkus mi kari yang tidak terjual baru-baru ini akibat hujan lebat.

Bercakap kepada mStar, anak muda berusia 24 tahun yang mesra dipanggil Rif ini berkata, video tersebut dirakam pada penghujung Oktober lalu iaitu sewaktu dia dan rakan perniagaannya mencuba jualan car boot sale buat pertama kali

“Masa tu kami first time nak buat car boot sale, sebelum ni kami jual mi kari secara dalam talian tapi elok je kami pergi hujan pula.

“Sejam kami tunggu tak ada yang singgah, hujan pun makin lebat jadi kami terp4ksa tutup, jualan masa tu memang tak luak pun,” katanya.

 

Rif dan rakan niaganya cuba menjual mi kari mereka secara jualan car boot sales.

Rif yang menjual mi kari dari resepi turun temurun datuknya ini, kemudiannya mencuba nasib dengan menghubungi pelanggan yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Berniaga ni kita kena cepat sebab kalau tak nanti makanan rosak jadi masa tu saya telefon pelanggan yang tinggal berdekatan, masa tu tak fikir apa dah, dari rugi jadi memang saya sanggup hantar sampai depan rumah.

“Alhamdullilah ada yang terjual, mana yang tak habis tu saya sedekahkan,” katanya, sambil menambah mereka buat masa ini fokus kepada jualan secara dalam talian.

Percaya akan berkat bersedekah, keesokan harinya, Rif menerima tempahan yang tidak putus-putus.

“Saya masa tu memang tak rugi apa sebab esoknya saya dapat banyak tempahan, memang rezeki tu melimpah-limpah,” katanya yang berniaga di Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara itu menceritakan mengenai detik dia mula berkecimpung dalam bidang peniagaan, graduan bidang Perniagaan dari Universiti Malaysia Perlis ini berkata, minatnya yang mendalam mendorongnya untuk meletakkan jawatan sebagai setiasausaha di sebuah syarikat membuat pakaian korporat di Pulau Pinang.

Namun keputusannya ini tidak disambut baik sesetengah pihak.

“Kalau ikutkan saya punya journey dulu memang ada yang tak setuju saya berhenti tapi saya rela penat buat benda yang saya minat, dulu masa kerja (dengan orang) sebulan dua saya semangat lepas tu mula la nak ponteng sebab tak kena dengan jiwa,” katanya.

Malah menerusi sebuah lagi video yang dikongsikan Rif, ibunya sendiri pernah dilihat seperti tidak menyokong pilihannya.

“Mak aku sendiri perl3leh, dia kata belajar tinggi-tinggi akhirnya cuma meniaga mi kari,” tulisnya.

Menjelaskan mengenai video berkenaan, Rif berkata, ibunya sebenarnya amat menyokong perniagaannya, malah idea untuk memasak mi kari ini timbul daripada ibunya yang dahulunya menjual menu tersebut di pasar malam.

Katanya, walaupun sudah lama tidak berniaga atas faktor usia, permintaan untuk mi kari ibunya masih ada justeru dia mengambil kesempatan untuk rebrand produk tersebut dan menjualnya kembali.

“Sebenarnya, keluarga saya memang tak halang cuma masa tu saya dengan mak ada berselisih pendapat, saya tegur adik-adik saya yang tak nak ambil SPM sebab pada saya ia penting untuk masa depan, kemudian mak kata saya ada degree tapi saya berniaga mi kari je.

“Saya memang rasa ‘terpukul’ sikit dengan kata-kata dia tapi dia tak ada niat nak rendahkan saya, masa tu masing-masing nak menang, dia sokong saya berniaga, bila saya post video tu ramai yang bagi sokongan dan ada juga yang komen kata parents tak sokong pilihan mereka.

“Sebenarnya nak berniaga ni rempuh je dulu, sebab kalau tak kita tak tahu ke depan ada apa dan bila keluarga kita nampak kita dah berjaya, dah nampak achievement kita mereka akan tutup mulut, malah mereka akan terlebih bangga cerita dekat kawan-kawan, jiran,” katanya yang kini mampu menjual sekitar 80 pek mi kari sehari serta menjana sekitar RM8,000 ke RM10,000 sebulan.

 

Rif (kanan) bersama ibunya.

Tambah Rif, keluarganya juga mungkin pada masa itu berasa ralat dan susah hati apabila dia yang merupakan pelajar cemerlang suatu ketika dahulu di universiti, malah aktif menyertai pelbagai aktiviti, sanggup untuk bermula dari zero.

 

Rif merupakan pelajar yang cemerlang sewaktu belajar di universiti.

Menurut Rif, pengalaman kerjanya sebelum ini banyak membantu dirinya menguruskan perniagaan mi kari ini.

“Lepas saya tamat belajar saya kerja jadi sales girl dekat Tesco, lepas tu saya mula jual tauhu dengan cheese kek, berhenti, join jadi ejen pengilat kuku, lepas tu saya buat dropship chocojar.

“Berhenti lagi kemudian saya kerja jadi setiausaha dan ilmu yang saya dapat masa saya jadi setiausaha pun banyak membantu sebab masa tu saya tengok cara kerja ex-boss saya.

“Pada saya kita bila bekerja ni bukanlah bekerja semata-mata kita kena juga grab ilmu untuk masa depan,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button