Hiburan

“Jangan mem4ksa, orang dewasa pun tak tahan”

KEPUTUSAN kerajaan ingin mendapatkan v4ks1n jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun menimbulkan kebimbangan aktor Datuk Fizz Fairuz.

Tidak bersetuju dengan perkara tersebut, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berpendapat belum tiba masanya untuk memberikan v4ks1n untuk kanak-kanak.

Bimbang akan memberi kesan yang tervk, pelakon berusia 42 tahun ini berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

 

Fizz memuat naik artikel mStar mengenai vaksin untuk kanak-kanak.

“Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kes4n terhadap mereka.

“Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa.

“Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan mem4ksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil vaksin influenza… anak saya pun ambil.

“Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul vaksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak,” kata Fizz kepada mStar.

Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat.

FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Fizz turut berkongsi artikel mStar pada Jumaat yang melaporkan kerajaan akan mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak dibawah usia 12 tahun di negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini selaras dengan syor daripada Pentabiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan v4ks1n itu boleh digunakan mereka yang berumur lima hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia juga tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk sunt1kan v4ks1n tersebut.

 

Fizz bersama isteri dan anak-anak.

Kata Almy yang juga seorang aktres, biarpun dos sudah dikurangkan namun dia bimbang kanak-kanak tidak mampu menampung kesan daripada v4ks1n.

“Anak-anak saya bukan tempat untuk kerajaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucuk v4ks1n pun tumbang bagai nak m4t1.

“Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sakit ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan.

“Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni,” tulis Almy di ruang komen perkongsian tersebut.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *