Hiburan

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum” – Ryzal Tegvr Netizen Kr1t1k Isterinya Tak Pantang Cara Melayu

Pada 20 Oktober lepas, personaliti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Rina di sebuah hospital swasta dekat ibu kota.

Perkara tersebut juga telah dimaklumkan oleh suaminya, Ryzal Ibrahim menerusi satu posting di Instagram buat tatapan umum.

Wah tahniah Ryzal dan Maryam! Comel baby korang!

 


Kongsi video sebagai ibu bapa, tiba-tiba Maryam dikec4m? 

Siapa yang tak excited dan gembira selepas mendapat ‘title’ sebagai ibu bapa kan? Detik-detik menjadi ibu dan bapa kepada baby Rina ini telah dikongsikan oleh Ryzal dalam video di Facebook yang sangat mencuit hati.

Dalam video tersebut, ia memaparkan Maryam dan Ryzal berusaha untuk menidurkan bayi mereka dalam keadaan senyap dan Maryam juga sempat mengadu bahawa Ryzal sudah kurang melayannya kerana penat menjaga bayi siang dan malam.

Video yang memaparkan kemesraan pasangan ini yang gembira kerana baru mendapat bayi walau bagaimanapun telah menerima beberapa komen pedas netizen yang menegur cara Maryam berpantang selepas melahirkan.

Menurut netizen, Maryam langsung tidak dilihat seperti wanita sedang berpantang kerana berjalan laju, tidak berhati-hati ketika duduk dan tidak memakai pakaian secukupnya untuk melindungi badan daripada ‘masuk angin’.

 

“Janganlah p4ksa orang menerima budaya bukan miliknya”

Disebabkan menerima pelbagai komen yang bukan-bukan mengenai Maryam, Ryzal akhirnya memuat naik satu posting di Facebook menegur netizen untuk tidak mempertikaikan lagi cara Maryam berpantang.

Menurutnya, isterinya hanya masuk Islam dan bukannya tukar bangsa kepada Melayu serta orang Korea juga seperti bangsa-bangsa lain ada cara tersendiri dalam berpantang selepas melahirkan bayi.

 

Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan…

Posted by Ryzal Ibrahim on Thursday, October 28, 2021

Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercareyang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,”tegasnya.

“Silap-silap pantang budaya korean lagi elok dari Malaysian” 

Posting yang dimuat naik Ryzal itu mendapat komen positif netizen yang menyokongnya dan meminta mereka yang mereka mengkr1tik Maryam untuk menghormati wanita itu yang berasal dari Korea.

Malah ramai juga yang meminta Ryzal untuk mengabaikan kata-kata nista netizen dan teruskan dengan apa yang mereka lakukan sekarang.

 

Apa-apapun tahniah Ryzal dan Maryam atas kelahiran cahaya mata. Jangan stress-stress tau masa pantang ni. Yang penting jaga kesihatan dan baby baik-baik saja. 

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *