Viral

Cucu pengg4li kubvr, tapi takut l1ang lahad… ket4lutan lenyap selepas kaki gim ini berdepan satu peristiwa duk4 – “Ada yang minta saya latih mereka jadi sado”

TUGASNYA sebagai pengg4li kubvr bukannya mudah, memerlukan kesabaran dan seluruh kudrat digunakan.

Transformasi fizikal pemuda ini juga bukan biasa-biasa. Jika dulu sukar untuk mendapatkan bajunya bersaiz 4XL, kini dia selesa menyarungkan saiz L.

Siapa sangka di sebalik kekuatannya mencangkul li4ng lahad, jejaka ini juga bersemangat melakukan senaman di gim.

Pemuda berkenaan, Muhamad Uzair Muhamad Fauzi berkata, dia melakukan tugas sebagai peng4li kubvr secara sambilan bersama keluarganya.

Anak muda berusia 27 tahun itu memberitahu, tugas yang dimulakan oleh datuknya itu dibuat sekiranya berlaku kem4t1an di kampungnya di Kampung Pisang, Air Itam, Pulau Pinang.

“Dulu Tok Wan (panggilan datuk) merupakan penggali kubvr. Sekarang ni mengikut jejak Tok Wan adalah bapa, saya dan dua adik lelaki secara sambilan.

“Andai kata ada orang kampung yang men1nggal dun1a, insyaAllah antara kami akan bantu menggali kubvr dan mengebumikan jen4zah,” katanya kepada mStar.

 

Mula menggali kubvr sejak 2017.

Uzair bagaimanapun mengakui dirinya pada awalnya seorang yang penakut dan lemah semangat apabila dikaitkan dengan tanah perkubvran.

“Jujurnya saya penakut, saya berani sejak arwh tok (panggilan nenek) men1ngg4l pada 2017 ketika usianya 66 tahun akibat ketumbuhan dalam perut.

“Jika sebelum ini, saya memang tak berani turun ke li4ng lahad sebab semangat tak kuat. Tapi bila tok men1ngg4l, saya tergerak hati untuk uruskan pengebumian jen4zahnya.

“Arwh tok bela saya dari kecil. Saya sayang arwh tok macam mak sendiri,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

 

Uzair ketika berat 113 kilogram.

Sejak itu,Uzair yang bertugas dalam servis kurier sejak tiga tahun lalu kini selesa turun ke li4ng lahad setiap kali berlaku kem4t1annya di kampungnya, sambil dibantu ahli keluarganya.

“Suatu masa nanti kita semua akan ke situ (kubvr) juga, rumah terakhir kita. Benda baik (urusan pengebvm1annya) elok dilakukan sebagai satu amanah,” katanya sambil menambah tugas penggali kubvr memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

 

Uzair melakukan senaman di gim.

Menurut pemuda berketinggian 181 sentimeter itu, dia berjaya menurunkan berat badan selepas melakukan senaman di gim pada 2017, tahun sama neneknya men1ngg4l dun1a.

“Dulu berat saya 113 kilogram (kg). Nak cari baju susah, kena beli saiz 4XL. Jadi, saya pun bersenam dan angkat berat di gim untuk kuruskan badan.

Jika sebelum ini, saya memang tak berani turun ke li4ng lahad sebab semangat tak kuat. Tapi bila tok men1ngg4l, saya tergerak hati untuk uruskan pengebumian jen4zahnya

MUHAMAD UZAIR MUHAMAD FAUZI

“Dua bulan pertama saya cut gula dan nasi dalam pemakanan, ada perubahan ketara selepas itu apabila saya berjaya turunkan 12kg. Pernah turun kepada 76kg, dan kini berat saya 81kg,” katanya yang turut melakukan aktiviti luar dengan mendaki (hiking) di Bukit Bendera.

Uzair yang mengangkat berat di gim sebanyak lima kali seminggu mengakui kudratnya untuk menggali li4ng lahat lebih mencabar kerana tugas itu melibatkan keseluruhan tenaga.

 

Uzair mendaki Bukit Bendera.

Dalam pada itu, perkongsian video transformasinya di laman sosial ternyata menarik minat ramai sehingga dirinya ditawarkan untuk menjadi jurulatih kecergasan.

“Ada yang nak saya latih mereka untuk jadi sado, ada juga mahu kuruskan badan. Berkongsi tip pemakanan dan senaman, saya okay je tapi belum bersedia untuk jadi personal trainer.

“Saya sendiri belum mampu, belum cukup ilmu. Saya masih berusaha ke arah itu, memiliki badan sado… bila pakai baju terletak elok je, macam pelakon Zul Ariffin,” kata Uzair yang menjadikan pelakon bertubuh sasa itu sebagai inspirasinya dalam aktiviti kecergasan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *