Hiburan

Mamat Khalid beri peluang selepas 2 tahun dipulaukan – “Dia pengarah pertama berani ambil saya”

KETIKA ramai penggiat industri kreatif termasuk rakan selebriti mempersenda fahaman politik pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, insan seperti Allahy4rham Mamat Khalid punya persepsi berbeza.

Tanpa sebarang prejudis, arwh menjadikan bakat yang dimiliki Ellie, 51, sebagai sandaran utama sebelum dia diberikan tawaran lakonan.

Cerita Ellie, dia sangat terharu apabila Mamat menjadi satu-satunya pengarah yang berani mengambilnya berlakon selepas hampir dua tahun dipulaukan gara-gara aktif berpolitik menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ketika zaman Pakatan Harapan memerintah saya adalah pembangkang tegar. Saya dipulaukan kerana lantang membidas dasar kerajaan… pada ketika itu la.

“Tapi Mamat Khalid merupakan pengarah pertama yang berani ambil saya tanpa ada diskriminasi.

 

Ellie (tiga dari kiri) sewaktu mengikuti pr0tes di Dataran Merdeka pada Disember 2018. -fotoTHESTAR

“Abang Mamat lain, dia tak pernah judge apa yang saya lakukan dan dia sangat welcoming,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod sekitar Julai 2018 Ellie menjadi mangsa kec4man hebat netizen gara-gara lantang menyokong Najib yang pada ketika itu mula berdepan tuduhan di mahkamah berhubung salah guna kuasa dan pecah amanah.

Malah Ellie turut menjadi bahan sind1rin segelintir rakan selebriti mendakwa semangatnya dalam politik disebabkan wang.

Saya kembali kepada industri hanya dengan jasa Mamat Khalid.

ELLIE SURIATY OMAR

PELAKON/ PENGARAH

Susulan itu Ellie mengalami banyak kerugian apabila hilang tawaran bekerja selama 22 bulan.

Bercerita lanjut tentang memorinya bersama Allahy4rham Mamat, Ellie berkata dia berasa begitu lega apabila kembali diterima dalam dunia seni.

Kata Ellie watak Kak Som dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri (2020) dan filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa (2021) arahan Mamat membuka laluan untuknya kembali aktif.

“Saya kembali kepada industri hanya dengan jasa Mamat Khalid. Dia tak pernah tanya kenapa saya begini dan begitu.

 

Ellie sewaktu berlakon dalam filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

“Dia hargai saya sebagai anak seni dan pengkarya. Sudah pasti sikap dia yang sebegitu memberi satu kelegaan yang sangat luar biasa… dia menerima saya sebagai anak seni.

It’s good to be back dalam industri bersama pengarah yang mengenali kita, saya begitu menghormati abang Mamat Khalid,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ellie turut melahirkan rasa terkilannya apabila tidak berpeluang menziarah bagi memberi penghormatan terakhir kepada Mamat.

“Saya tak dapat menghadiri majlis pengebum1an Allahy4rham abang Mamat. Saya hormat untuk tidak ke sana sebab tak ada sijil digital.

“Saya tak mahu jadi punca, saya doa dari jauh,” katanya.

 

Orang ramai mengaminkan bacaan doa selepas pengebum1an jenaz4h Allahyarham Mamat Khalid di Tanah Perkubvran Islam Masjid Paloh. – fotoBERNAMA

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid men1nggl dun1a akibat ser4ngan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan men1nggal dun1a kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Ahad.

Jenaz4h pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid selamat dikebum1kan di Tanah Perkubvran Islam Masjid Kampung Paloh di Ipoh, Perak, kira-kira 2.20 petang Ahad.

Antara karyanya yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa Di Kampung Pisang.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *