Hiburan

Luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” – Awie seb4k terima berita Mamat Khalid sudah tiada

IPOH: Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengakui tidak dapat menahan rasa sebak di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang men1nggal dun1a tengah malam tadi.

Menurutnya, sebelum mendapat berita kem4t1an Mamat Khalid, beliau menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat dijawab kerana sedang menjalani penggambaran.

“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

“Apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jen4zah Mamat Khalid di kediaman pengarah dan penerbit itu di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini hari ini.

 

Menurutnya, beberapa minggu lalu, arwh ada menghantar mesej di aplikasi Whatsapp mendoakannya cepat sembuh.

“Love you bro, cepat-cepat sembuh’, itu mesejnya kepada saya. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini. Dia turut bertanya khabar saya,” katanya. 

Menurut Awie, kali terakhir dia berjumpa dengan Mamat ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal. 

Katanya, arwh disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang naik kepada semua krew, seorang yang periang walaupun nampak garang.

 

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik. 

“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin. Sehingga ke akhir arwh memanggil saya dengan watak itu,” katanya. 

Sumber:UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *