Viral

Tak pernah berenggang sejak kecil, dalam gembira jejaka s4yu lihat kembarnya naik pelamin… tak sangka ramai 0ffer jadi isteri – “Ramai tanya abang bila lagi?”

DALAM kegembiraan melihat adik kembarnya mendirikan rumah tangga, terselit rasa seb4k dalam hati jejaka ini.

Menurut Wan Fais Fayzan Wan Azmi, dia sukar percaya apabila teman sepermainan sejak kecil, Wan Fais Faraqhan akhirnya bergelar suami pada Jumaat.

Malah, video memaparkan pasangan kembar seiras itu berpelukan di atas pelamin dalam satu majlis resepsi di Tanah Merah, Kelantan, turut meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

 

 

“Video itu ibaratnya dua dalam satu. Yang pertama, saya nak tunjukkan bahawa saya gembira lihat kembar sendiri dah berkahwin.

“Yang kedua, ia juga menunjukkan rasa sedih saya sebab kami dah berpisah selepas ini. Selama ini, kami bersama sepanjang masa sejak kecil lagi.

“Tipulah kalau kata tak sedih. Kembar saya pun akan duduk berasingan selepas ini,” ujarnya yang mesra disapa Fais kepada mStar.

Menurut Fais, tiada apa yang diharapkan selain melihat kembarnya yang digelar Paan bahagia dengan isteri tercinta.

Paan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada Jumaat.

Cukup mengenali adik kembarnya, Fais turut menitipkan pesan agar Paan sentiasa sabar dan cekal dalam menghadapi bahtera rumah tangga.

“Saya nak ucapkan tahniah, moga Paan dan isteri bahagia hingga ke syurga. Pesan saya, jagalah isteri dengan baik, didik isteri dengan baik.

InsyaAllah tiba giliran saya tiga ke empat tahun lagi. Saya pun masih muda, tak puas lagi enjoy dengan kawan-kawan.

FAIS

“Dugaan dalam perkahwinan sangat besar. Jadi kena banyak bersabar. Kalau marah, Paan kena turunkan ego,” pesan Fais.

Menurut Fais, dia tidak berasa tertekan meskipun adiknya yang terlebih dahulu mendirikan rumah tangga.

Malah kata Fais, dia turut dihujani mesej dan komen daripada kaum hawa yang menawarkan diri untuk menjadi suri hatinya.

 

Kisah pasangan kembar ini meraih perhatian ramai di media sosial.

“Sejujurnya saya tak tertekan, sebab ada abang kami yang belum kahwin lagi. Saya tak kisah orang cakap Paan langkah bendul pun.

“Saya pun nak fokus benda lain dulu. InsyaAllah tiba giliran saya tiga ke empat tahun lagi. Saya pun masih muda, tak puas lagi enjoy dengan kawan-kawan.

“Di media sosial, ramai yang komen dan bertanya. Mereka kata adik dah kahwin, abang bila lagi? Ramai juga yang offer diri, mereka kata masih single.

 

Pasangan ini dinikahkan di Tanah Merah, Kelantan pada Jumaat.

“Saya tak ambil serius semua komen itu. Saya pun tahu mereka bergurau saja,” ujar Fais lagi.

Untuk rekod, kisah pasangan kembar dari Kelantan ini pernah mendapat liputan mStar baru-baru ini.

Fais dan Paan merupakan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kini sedang bekerja dengan syarikat penghantaran J&T di negeri kelahiran mereka.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *