Hiburan

Ryzal, Maryam Durian Kimchi timang bayi perempuan, syukur dipermudahkan proses bersal1n

SELEBRITI media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim kini sudah bergelar ibu bapa.

 

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, wanita kelahiran Korea Selatan itu berkongsi beberapa foto dia dan Ryzal sedang memangku bayi perempuannya.

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. ALLAH mudahkan bersalin.

“Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

 

Terdahulu, Maryam berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang berada di wad bersalin.

Dalam video berkenaan, Maryam berkata ” Jumpa nanti dengan anak saya.”

 

Jun lalu, Maryam pernah berkongsi bayi dikandung adalah perempuan dan mempunyai wajah seiras suaminya, Ryzal.

Ruangan komen dihujani ucapan tahniah. Ryzal sempat meninggalkan komen mendoakan agar anaknya itu baik-baik sahaja.

“Hi puteri Daddy! Jangan nakal macam mummy tau,” tulisnya.

Sedikit info, sebelum memeluk agama Islam, You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.

Namun takdir ALLAH menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.

Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.

Bermula daripada hubungan guru dan pelajar keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.

Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.

“Keperibadian Ryzal yang tidak terlalu mendedahkan gaya hidup Islam secara berlebihan, malah berfikiran terbuka membuatkan saya jatuh hati,” ujar Maryam.

Maryam yang kini berkhidmat sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di Ansan berkata, bulan Ramadan tahun lalu merupakan saat permulaan dirinya terdetik untuk mendalami Islam terutama apabila melihat kegembiraan Ryzal dan rakan-rakan Muslimnya berpuasa.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka yang menetap Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.

Ryzal Dedah Nama Anak

Assalamualaikum warahmatullah.

Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak.

 

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *