Hiburan

“Saya sangat terkes4n.Terasa dibuka a1b dan rasa macam tidak dih0rmati” – Raja Farah

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, tidak menolak, berasa m4lu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak r0g0l dengan salah seorang menyebut namanya.

Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka a1b.

“Saya sangat terkes4n.Terasa dibuka a1b dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap isu ini.

“Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburvkkan keadaan.Saya dan suami berlapang dada.

“Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya.

Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak jah4t yang pernah dilakonkan mereka.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak r0g0l dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terp4ksa dipotong atas permintaan ibu bapanya.

 

Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.

Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan.

Menurut Iskandar, secara peribadi, topik itu tidak wajar dibentangkan kerana disifatkan tidak menjaga a1b dan keh0rmatan kaum wanita secara keseluruhannya.

“Nak dijadikan cerita, ia terkena pada isteri saya. Atas faktor menjaga kehormatan wanita, tak boleh buat begitu.Maksudnya, saya faham yang awak nak cerita tentang karya seni dan bagaimana pengalaman sinematik filem itu. Kami faham sebab isteri saya pun berlatar belakangkan anak seni.

“Tapi memberikan nama secara spesifik, lagi pula menceritakan babak yang saya rasa salah untuk diperkatakan, ia tentang a1b dan keh0rmatan wanita. Apatah lagi, wanita itu sudah berkahwin, rasanya tidak sesuai dan salah dari semua peringkat.

“Tak patut kita ungkapkan hal begitu, lagi pula wanita Muslim, dari sudut budaya bahkan agama pun ia tidak patut,”katanya.

Tambah Iskandar lagi, sebagai suami, dia juga terp4ksa menyuarakan hal ini walaupun berasa kekok dan tidak perlu dari awalnya.

“Bagi saya, orang yang bercakap itu, umpama orang jahil. Tak mungkin dia ungkapkan perkara itu kepada adik perempuannya, kakaknya atau kepada ibunya. Saya rasa jelas. Kalau orang buat begitu pada ahli keluarganya, tentu dia pun tak setuju,”katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka tidak berharap si pelaku tampil memohon maaf sebaliknya mahu menutup kisah ini agar tidak berlanjutan menjadi f1tnah.

Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau jahil menyesali apa yang dilontarkan.

“Berdoalah pada Allah SWT agar f1tnah ini tidak berterusan lagi. Kita tak nak orang terus mencemuh. Kita faham ia satu kesilapan dan kita pun nak teruskan kehidupan.Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang telah berlaku,”katanya.

Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan pada 6 September 2015. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon Apa Kata Hati dan Aku Masih Dara itu.

 

 

Sumber:utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *