Viral

Jaga send1r1an sejak usia 8 bulan, bapa tunggal s4nggup buat apa saja demi puterinya… tak kek0l mekap, pakaikan tudung pun boleh!

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Begitulah kisahnya mengenai bapa tunggal ini yang cekal membesarkan satu-satunya anak perempuan yang berusia empat tahun sembilan bulan.

Video memaparkan Ilyas Farid Mohamad yang sedang menata rias anaknya, Rania Fariya turut tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.

link video:

@farismohamed_91,

Bercerita kepada mStar, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja dalam bidang Hospitaliti itu mengakui terkejvt ketika kali pertama video dia dan anaknya tular dan meraih perhatian ramai.

“Saya berkongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Kebetulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing bosan. Selain itu, saya juga nak tunjukkan aktiviti yang boleh dibuat oleh bapa tunggal.

“Biasanya kita tengok ibu tunggal dengan anak saja. Apabila video pertama kami viral dan meraih hampir sejuta tontonan, saya memang terkejvt.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan kami, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat,” ujarnya.

 

Faris rajin melayan kehendak puteri tunggalnya yang gemar bersolek.

Mesra disapa Faris, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya pada tahun 2017.

Tambah Faris, puteri sulung yang senang disapa Rania itu berada dalam jagaannya sejak berusia lapan bulan dan disifatkan sebagai anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan dirinya.

Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak.

FARIS

“Tak susah nak jaga Rania. Saya dengan ibunya juga masih baik dan kami banyak bertolak ansur demi Rania. Dia tak pernah menyusahkan saya sejak kecil sehinggalah ke hari ini.

“Rania seorang yang banyak cakap. Pada masa sama, dia suka bergaul dengan orang dewasa. Jadi, pemikirannya lebih matang berbanding usia sebenar. Rania juga sudah dihantar ke tadika sejak usia tiga tahun dan bercita-cita untuk jadi angkasawan suatu hari nanti,” ujar Faris lagi.

Menurut Faris, dia bukanlah seorang yang mahir mengenai bab fesyen mahupun solekan, namun mempelajari semua kemahiran itu demi melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa.

 

Faris berharap video yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada golongan ibu atau bapa tunggal yang lain.

Tambah Faris, dia juga mahu memberi inspirasi kepada golongan ibu bapa di luar sana yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing agar tidak leka dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Bab mekap dan tudung misalnya, saya kurang berminat. Tambahan pula saya sibuk dengan kerja. Tapi anak saya suka berhias, dia suka tengok benda cantik. Sebagai bapa, saya layankan saja.

“Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak. Apa yang kita tak tahu, kita kena belajar demi anak.

 

Video dua beranak ini meraih ratusan ribu tontonan di TikTok.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk dia. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena buat.

“Dulu selalu tak jadi ketika pakaikan tudung untuk Rania. Tapi saya berlatih sampai boleh. Mula-mula dulu memang susah.

“Rania pula suka layan YouTube, tengok tutorial mekap dan tudung. Saya sebagai ayah kena sentiasa pantau apa yang dia tengok. Jadi, saya tumpang tengok sekali,” ujarnya berseloroh.

 

Sumber : mStar , @farismohamad_91

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *