Viral

Dugaan, baru 4 hari pindah, isteri pula h4m1l 4 bulan… pengantin muda terkedu lihat kereta terb4k4r di depan rumah, nasib baik ayah s4nggup redah!

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya mengenai jejaka ini apabila satu-satunya kereta yang dimiliki r0sak dalam kejadian keb4karan pada Rabu minggu lalu.

Menurut Muhammad Nurhasif Rahmat, 21, keb4karan gudang perabot di hadapan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor turut merebak sehingga merosakkan bahagian belakang Perodua MyVi miliknya.

Lebih pilu katanya, dia baru sahaja empat hari berpindah ke kediaman itu dan kini buntu untuk keluar bekerja apabila kereta berkenaan terp4ksa dihantar ke bengkel buat sementara waktu.

“Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi. Ada orang ketuk pintu, maklumkan bahawa gudang depan rumah terb4kar. Masa tu api dah marak.

“Ketika buka pintu rumah, saya tak tahu nak buat apa. Perasaan memang sedih bila tengok kereta sendiri dalam keadaan begitu. Saya bukan orang senang. Bukan senang nak dapatkan kereta itu.

“Kebetulan pada hari kejadian, ayah tergerak hati nak datang tidur di rumah saya. Ketika api mar4k, ayah sempat alihkan kereta saya. Dalam keadaan p4nas, ayah sanggup alih kereta saya. Ayah sanggup redah,” ujarnya kepada mStar.

 

Isteri Hasif kini hamil empat bulan.

Mesra disapa Hasif, dia memberitahu lapan trak bomba turut dikejarkan ke lokasi itu sebelum api yang m4rak berjaya dipadamkan sekitar pukul 5 pagi.

Kata Hasif, biarpun kereta itu tidak r0sak sepenuhnya, ia tetap memberi kesan buatnya memandangkan isterinya, Nurul Farah Eszurin M Azmi, 21, kini sedang hamil empat bulan.

Rumah lama kami tiada lif. Isteri pula sedang hamil empat bulan.

HASIF

“Kami baru empat hari berpindah. Saya pilih rumah landed sebab kesiankan isteri. Rumah lama kami tiada lif. Isteri pula sedang hamil empat bulan.

“Sekarang saya terp4ksa guna perkhidmatan Grab untuk bawa isteri buat pemeriksaan kehamilan. Dengan nak bayar sewa rumah dan komitmen lain lagi, kereta pula tak boleh nak digunakan,” ujar Hasif yang kini bekerja sebagai kelindan lori.

Kata Hasif lagi, dia juga berbesar hati sekiranya ada pihak yang mahu menghulurkan bantuan bagi menampung bebanan yang terp4ksa dihadapi gara-gara kej4dian itu.

 

Kereta Hasif rosak akibat dis4mbar api dalam kej4dian tersebut.

Untuk rekod, kisah penyatuan Hasif dan isterinya yang digelar sebagai pengantin muda pernah mendapat liputan mStar pada 6 September lalu.

Kisah mereka tular apabila Hasif gagal menahan air mata selepas akad nikah gara-gara sebak memikirkan tanggungjawabnya yang baru bergelar suami.

Pasangan itu dinikahkan di sebuah masjid di Puchong pada April lalu.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *