Hiburan

“Rest jap” – Zul Ariffin dikej4rkan ke h0spital

Kuala Lumpur: Pelakon, Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor kerana meng4lami tek4nan dar4h tinggi, pada petang, hari ini.

Pengurus Zul, Afdal Shahizad berkata, keadaan pelakon itu bertambah baik selepas mendapat rawatan doktor dan kini sedang berehat di rumah. 

“Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tek4nan dar4h tinggi atau hipertensi. Namun, keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut.

“Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, Zul ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari jam 4 petang.

Terdahulu, Zul berkongsi hantaran gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan.

“Rest jap,” tulisnya ringkas.

 

Terdahulu, p4ndemik sememangnya memberi impak besar dan pelakon Zul Ariffin antara selebriti tanah air yang tidak terlepas daripada melalui fasa kemvrung4n sehingga menyebabkan emosi dan fikirannya terganggu.

Perkara tersebut dikongsi pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi satu siaran langsung Instagram.

Menerusi video tersebut, Zul turut menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagramnya.

 

“Saya tahu ini sukar tetapi perlu teruskan juga hidup ini, Insya-Allah. Pada akhirnya, destinasi kita semua satu sahaja (akhirat).

“Kita perlu lakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 34, itu.

Tambahnya, dia juga menitipkan nasihat kepada pengikut Instagramnya agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada dunia dan akhirat. Kuatkan iman dan kesabaran kita.

“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa ialah antara salah satu cara yang paling terbaik. Kuasa doa itu sangat hebat,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia juga berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial.

“Saya latih diri untuk tidak berkongsi terlalu banyak perkara terutama masalah peribadi dalam media sosial.

“Ini kerana saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedahkan banyak perkara ada juga keburukan dan kebaikan.

“Kalau boleh tak mahu buat orang cipta topik untuk orang bercakap tentang diri kita. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya lagi.

Tidak melupakan sokongan peminatnya, Zul menitipkan kata-kata penghargaan kepada semua individu yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang 13 tahun bergelar anak seni.

“Alhamdulillah peminat tidak pernah berhenti menyokong saya sejak hari pertama, terima kasih,” tuturnya dalam nada sebak.

Sementara itu, dalam Twitter, beberapa peminatnya turut mendoakan agar aktor kegemaran ramai itu terus kuat dalam menghadapi sebarang dugaan hidup.

“Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang hendak dilakukan sebelum saya m4t1,” ciapnya ringkas.

sumber: Metro via kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *