Viral

Pernah diej3k ahli sih1r kerana berhidung mancung, tapi kini gadis kembar keturunan Arab tak ambil hati – “Mama pun pernah rasa”

“SANGKUT baju ke hidung?” begitulah kata-kata yang dilontarkan kepada seorang gadis ketika berada di sekolah.

Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan ejekan yang diterima kerana paras rupanya.

Visual tersebut meraih lebih 90,000 tontonan di aplikasi TikTok.

 

Berkongsi cerita kepada mStar, Farah Alway, berkata, hidungnya sering menjadi perhatian ramai kerana keluarganya yang mempunyai darah kacukan masyarakat Timur Tengah.

Jelasnya lagi, dia mula diej3k seawal usia sembilan tahun ketika bersekolah di Maahad Darul Anuar, Kampung Pulau Melaka, Kelantan

“Sebenarnya video itu tentang bentuk hidung saya, itulah benda yang pertama sekali orang akan tegur kalau pergi ke mana-mana.

“Sebab ibu bapa saya mix, abah keturunan Arab Yemen dan mama pula Arab campur Pakistan,” katanya yang berasal dari Kelantan dan menetap bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

 

Yusnita (kiri) banyak memberi semangat kepada anak sulung sewaktu dia sedih kerana diej3k.

Mesra disapa Farah, katanya, dia sering diej3k dengan pelbagai gelaran, malahan kembarnya, Farhan juga tidak terlepas daripada perkara tersebut.

Bagaimanapun, ibu bapanya iaitu Yusnita Yunus, 40 dan Alway Jaafar, 65, merasakan perkara itu adalah normal memandangkan mereka berdua berketurunan Arab.

“Mereka ej3k hidung saya dengan bermacam-macam panggilan seperti ahli sih1r, jual karpet, anak Bangla, hidung panjang, penyangkut baju dan Pinocchio.

“Perasaan waktu itu memang sangat kecewa dan sering menangis kerana masih kecil lagi masa tu. Kedua ibu bapa tahu yang anaknya selalu diej3k, cuma kadang-kadang terkejut kalau saya balik dalam keadaan menangis.

Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun.

FARAH ALWAY

“Tapi mereka cakap normal saya diej3k sebab ada keturunan Arab. Saya tidak balas pun ej3kan itu, tapi akan bercerita pada mama.

“Saya bersyukur kerana ej3kkan itu tidak memberi kesan kepada kesihatan mental. Lagipun saya sekelas dengan kembar saya, jadi tak adalah rasa seorang diri sangat,” ujarnya yang menolong ibunya menjalankan bisnes menjual pakaian secara online.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, ibunya sering memberi kata-kata semangat kerana dia juga pernah melalui perkara yang sama.

Farah berharap sesiapa yang diej3k kerana paras rupa supaya banyak bersabar kerana kita tidak dapat mengawal apa yang keluar dari mulut seseorang.

“Mama yang banyak memberi semangat sebab saya seorang sahaja anak perempuan mama, Farhan tak diej3k tervk sangat kerana dia lelaki.

 

Farhan (kiri) juga diej3k tetapi tidak seter0k yang kembarnya terp4ksa tempuhi.

“Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun. Malah saya dengan hati terbuka memaafkan sesiapa sahaja yang pernah h1na atau ej3k saya.

“Kepada mereka yang berketurunan seperti saya, harap anda semua bersabar. Sebab benda macam ni tak boleh dielakkan dan mulut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *