Hiburan

Selepas Janda Baik, Vie Shantie ‘Terbang’ Ke Arab Saudi, Tunai Umrah Buat Arwh Siti Sarah. Sekali Shuib Masuk Komen

Usahawan yang juga bek4s isteri aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berada di Mekah bagi menunaikan umrah buat Allahy4rhamah Siti Sarah.

Menerusi laman sosial Instagram, Vie berkongsi sebuah video sedang berada di Mekah untuk tatapan umum.

Menurut Vie, meskipun hanya mengenali arwh Siti Sarah dari media sosial, dia mengikuti rapat perkembangan arwh dan memang berniat untuk melakukan umrah buat arwh.

 

“Hari ini 23 September jam 7.10 pagi, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, saya baru sahaja selesai buat umrah untuk arwh Siti Sarah Raisuddin.

“Daripada hari saya tahu saya akan pergi meeting di sini (Arab Saudi) dan saya akan tinggal beberapa hari di Mekah sehinggalah semua kerja-kerja di sini selesai, saya niat sejak Siti Sarah men1nggl haritu di Malaysia, saya nak buatkan dia umrah kerana dia seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak kecil, alhamdulillah saya sempat mendoakan bagi keempat-empat anak-anak Siti Sarah, saya juga ada empat orang anak, perasaan seorang ibu itu tak boleh digambarkan.

“Alhamdulillah kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya alhamdulillah allahuakbar.

“Semoga arwh Siti Sarah dan semoga anak-anaknya menjadi anak yang beriman walaupun tidak ada ibu di sisi.

“Semoga Shuib dan anak-anaknya selalu mendapat keberkatan dan semoga membesarkan anak Siti Sarah atau baby Ayash Affan menjadi anak yang beriman,” ujarnya menerusi sebuah video.

Sementara itu di ruangan komen, suami arwh, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang menunaikan umrah buat arwh isterinya.

 

“Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen.

 

Antara komen rakan artis dan netizen:

 

 

Terdahulu, pemilik jenama fesyen muslimah itu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya bercuti di Janda Baik, Pahang meskipun dalam keadaan larangan merentas negeri.

Kemudian Vie dilihat berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi, difahamkan atas tujuan kerja.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *