Hiburan

“Nama Yang Telah Disimpan Selama 7 Tahun,” – Ozlyn Wati Dedah Nama Anak Selepas 21 Hari, Nur Latifah Cherdiq Hanania

Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata keenam, pelakon, Ozlyn Wati akhirnya tampil mendedahkan nama puterinya itu.

Menurut Ozlyn, dia dan suami yang juga merupakan pelawak serta penyampai radio, Johan telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Nur Latifah Cherdiq Hanania.

 

Katanya lagi, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.

 

“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ozlyn turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki untuk sekali lagi menimang cahata mata.

Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Bukan Gadis Biasa ini turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.

“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji pilihan nama yang telah berikan oleh Ozlyn dan Jihan itu.

“Alhamdulillah dan Assalamualaikum baby Cherdiq.

“Comelnya jari jemari Cherdiq.

“Alhamdulillah. Semoga menjadi cerdik dan cantik seperti nama yang diberikan. Ameen.

“Assalamualaikum. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Semoga aunty dikurniakan zuriat. InsyaAllah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.

Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

Sumber: Instagram Ozlyn Wati

 

Kredit: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *