Hiburan

“Dar4h saya berder4u, 85 peratus wajah hampir sama” – Datin Alyah

SELEPAS lima bulan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan men1nggl dun1a, penyanyi Datin Alyah mengakui dia dan keluarganya sangat merindui insan tersayang itu.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 40 bagaimanapun berkata, rindunya terubat apabila secara kebetulan bertemu seorang individu yang memiliki raut wajah seperti Allahyrham abang sulongnya.

Alyah turut menganggap pertemuan itu sebagai satu rezeki daripada Allah SWT.

“Semalam saya ada meeting di sebuah hotel terletak di Melaka. Ketika sampai di hotel, saya disambut oleh seorang kakitangan hotel yang mana gayanya saling tak tumpah seperti arwh abang saya.

“Ketika itu saya tidaklah berkata apa-apa sebab semua orang memakai pelitup muka. Saya cuma lihat dari ketinggian dan gayanya sahaja.

“Tapi sehinggalah saya ternampak wajahnya ketika dia cuba membetulkan pelitup muka… masa itu dar4h saya terus berderau. 85 peratus wajahnya hampir sama dengan abang saya,” katanya kepada mStar.

 

Alyah turut menganggap pertemuan itu sebagai satu rezeki daripada Allah SWT.

Terdahulu, Alyah memuat naik sekeping foto menerusi Intagram dan memberitahu individu yang bergambar dengannya itu memiliki wajah yang serupa dengan Allahyrham abangnya yang telah men1nggl dun1a pada 17 Ramadan lalu.

“Ya Allah ya tuhanku… aku rindu abang aku… Kau maha baik ya Allah kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arwh abang long.

“Kejad1an semalam semasa hadiri meeting di Melaka. Salah seorang staff di @lacristahotel Melaka mirip sangat wajah abang saya.

“Encik Saiful Bahri terima kasih ya. Terubat rindu saya pada arwh abang saya,” katanya.

 

Gayanya juga saling tak tumpah seperti arwh abang saya.

DATIN ALYAH

PENYANYI

Mengulas lanjut, Alyah berkata dia tidak dapat menahan air matanya ketika berbual dengan kakitangan hotel berkenaan.

“Selepas makan malam, saya mahu ke tingkat atas dan kakitangan hotel itu tolong tekankan butang lif. Ketika itulah saya ambil kesempatan menegurnya.

“Saya beritahu wajah dia sama dengan arwh abang saya dan ketika itu saya dah sebak dan menangis. Dia pun mula-mula pelik dan minta maaf banyak kali pada saya sedangkan dia tak buat salah.

“Saya pun pada masa sama minta dia untuk ambil gambar bersama sebab nak tunjuk kepada keluarga. Semua yang kenal abang cakap memang sama, sampai mak saya pun menangis.

“Ini rezeki saya Allah beri sebab dia tahu saya sangat rindu abang, terubat juga rindu saya,” katanya.

 

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *