Ramai puji Mas Idayu nampak lembut… dah tak gar4ng lepas berh1jab – “Mummy masih orang sama… doakan yang baik-baik”

PENAMPILAN penyanyi Mas Idayu dilihat bertudung sejak awal September lalu menarik perhatian ramai peminat dan netizen di laman sosial.
Biarpun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai penampilan tersebut, rata-rata meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan penyanyi itu.
Bercakap kepada mStar, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata meskipun dia sudah tampil berhijab, namun dirinya masih individu yang sama.
“Buat masa ini tak ada apa yang saya mahu kongsikan mengenai penampilan ini.
“Cuma apa yang boleh saya kata, mummy masih orang yang sama… masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Khamis.
Mas Idayu bersama anak tunggalnya, Nur Dayini.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan ini meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
Malah, dia berterima kasih kepada peminat yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin cantik, lembut, ayu dan awet muda.
Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya!
MAS IDAYU
PENYANYI
“Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya! Saya ada baca komen-komen di laman sosial… kalau itu kata mereka Alhamdulillah,” katanya.
Berkongsi perkembangan seni, pelakon drama Kampung Kolestrol ini berkata dia bakal menjalani beberapa penggambaran dan rakaman program televisyen awal bulan depan.
Ramai memuji penampilan terbaharu Mas Idayu.
“Alhamdulillah projek-projek sebelum ni dah selesai. Memandangkan industri kreatif sudah dibenarkan, jadi saya akan meneruskan beberapa rakaman program TV selepas ini.
“Cuma masih lagi menyusun jadual kerana banyak tarikh yang ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakkan sebelum ini.
“Saya pun dah lengkap menerima suntikan v4ksin Cv1d-19, jadi selepas ini dah boleh bekerja macam biasa tapi tetap patuh mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: