Viral

Peniaga r1ndu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena… TikTok kena sek4t, pelanggan pula main-main – “Nak simpan duit sambut baby”

ADA hari untung, ada hari rugi.

Begitulah lumrah yang dilalui setiap peniaga dalam usaha mereka untuk mencari rezeki.

Menurut peniaga baju, Che Kamaruddin Che Pa, 30, dia juga berdepan dengan cabaran get1r sehingga terduduk memikirkan nasib diri dan keluarga.

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia sudah 10 tahun berniaga pakaian di pasar, namun segalanya berubah sejak p4ndemik Cv1d-19 melanda lebih setahun lalu.

 

“Dulu saya berniaga di pasar dalam 10 tahun. Saya berniaga di pasar pagi, pasar malam, ekspo dan macam-macam lagi. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya berniaga secara online.

“Saya buat live dalam Facebook. Sekejap jadi, sekejap tidak. Ada orang rep0rt kepada Facebook. Kemudian saya buat live dalam TikTok, akaun saya kena sek4t selama tiga hari.

“Saya tak tahu masalah apa sehingga TikTok kena sek4t. Sewaktu tengah berniaga live, tiba-tiba ia terpadam. Saya jadi takut untuk buat live selepas ini, risau akaun TikTok disek4t lagi,” ujarnya kepada mStar.

Selain kekangan itu, Che Kamaruddin juga turut berhadapan dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak serius untuk membeli sehingga menyusahkan dirinya.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, dia sedih apabila diperlakukan sedemikian, namun menganggap ia sebagai satu cabaran yang terp4ksa ditempuhi demi mencari sesuap nasi.

 

Che Kamaruddin bersama isteri dan tiga anak mereka.

“Ada yang WhatsApp kata nak baju, bila saya dah siap packing dalam plastik, mereka buat senyap dan tak bayar sampai ke sudah. Ada yang tak balas WhatsApp, ada yang bl0ck saya terus.

“Macam dia main-main. Saya sedih dan kecewa kerana pen4t sangat. Ada barang yang saya dah bungkus, terpaksa buka balik sebab pelanggan buat senyap tak nak bayar.

“Kalau tak nak, tak jadi masalah. Maklumkan awal-awal. Kadang-kadang mereka nak mainkan kita. Tapi saya maafkan, saya anggap ia bukan rezeki saya bila mereka khianat macam tu.

Alhamdulillah, rezeki cahaya mata. Saya berniaga nak simpan duit untuk sambut baby tak lama lagi.

CHE KAMARUDDIN

“Saya minta, kalau boleh jangan main-main. Saya pun tiada pekerja. Saya berniaga secara live sambil dibantu isteri dan anak,” ujarnya yang kini menetap di Taiping, Perak.

Menurut Che Kamaruddin lagi, dia rindu suasana berniaga di pasar seperti zaman sebelum p4ndemik dan berharap semuanya kembali pulih tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, dia juga kuat meneruskan perniagaan biarpun dilanda dugaan demi anak-anak serta isteri yang kini sarat hamil tujuh bulan.

“Kalau nanti dah boleh buka pasar dan berniaga macam dulu, saya akan teruskan juga jual secara online. Walau apa pun dugaan live, saya tetap bersemangat demi anak.

 

Antara pakaian yang dijual menerusi siaran live.

“Selain tiga anak, isteri saya kini sedang hamil tujuh bulan. Alhamdulillah, rezeki cahaya mata. Saya berniaga nak simpan duit untuk sambut baby tak lama lagi,” ujarnya yang pernah berniaga ikan di tepi jalan pada tahun lepas.

Menurut Che Kamaruddin lagi, dia juga menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan berjaya dan mahu membantu golongan susah di luar sana.

“Saya cuma nak teruskan hidup dan mahu perniagaan terus maju. Bila dah kaya, saya juga nak tolong orang susah. Sesiapa yang beri semangat, saya tak pernah lupa.

“Saya cuma nak jaga orang tua, nak jaga anak-anak. Biar orang buat kita, tapi Allah tetap akan beri rezeki, InsyaAllah,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *