Hiburan

Tiga kali kegvgvran, Shaheizy Sam umum Syatilla h4m1l lagi – “Kali keenam… doakan bertahan cukup sembilan bulan”

TIGA kali mengalami kegvgvran, pelakon Shaheizy Sam berkongsi berita gembira apabila isterinya Syatilla Melvin kini sedang berbadan dua.

Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memberitahu isterinya h4mil tiga minggu dan anak ketiga mereka itu dijangka lahir pada Mei tahun depan.

“Produk terbaharu akan datang! Setelah RND (research and development) lebih tiga minggu.

“Dijangka bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun depan,” katanya menerusi laman Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto bersama isteri memegang kit ujian keh4milan.

 

Sam kongsi berita gembira bakal timang anak ketiga tahun depan.

Sementara itu, Syatilla, 30, pula berkata keh4milan ini merupakan salah satu rezeki paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

“Kali keenam (h4mil)! Syukur Alhamdulillah… baru rancang nak pakai IUD (Intrauterine Device, alat mencegah keh4milan) tahu tak? Rezeki Allah nak bagi.

“Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup sembilan bulan,” ujarnya.

Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi!

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pasangan ini masih belum berjaya.

Menerusi laporan mStar pada 7 April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami kegvgvran kali ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu.

 

Keluarga bahagia… Sam bersama isteri dan dua anak mereka.

Kata Syatilla, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

Aktres drama Sha & Shah ini juga mendedahkan dia pernah dua kali mengalami kegvgvran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button