Mudahnya kahw1n! Personaliti TV3 Azaria Tagaya tak minta wang hantaran, majlis resepsi… Sah jadi isteri jejaka kacukan Pakistan-Cina

PERKENALAN singkat personaliti TV3, Azaria Tagaya dengan jurumekap kesan khas untuk filem, Reza Syafiq Zainal Rashid berakhir di jenjang pelamin apabila pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada Rabu, 15 September
Berkongsi detik perkenalan, Azaria atau nama sebenar Azaria Tagaya Norio Tagaya, 36, memberitahu mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing pada Mac lalu.
“Sebenarnya dah berkawan di Instagram beberapa tahun lalu tapi tak pernah bertegur sehinggalah dia memberanikan diri kata nak berkenalan dengan saya, sejak itu kami berkawan dan wujud keserasian itu.
“Tak lama kemudian dia minta nak jumpa ibu bapa saya… Alhamdulillah keluarga kami merestui dan setuju kami berkahwin segera demi menjaga nama baik keluarga, kami fikir eloklah majlis ini dipercepatkan.
“Perjalanan hubungan kami ini sangat dipermudahkan. Saya pun tak ada rasa ragu-ragu memilih dia sebagai suami. Inilah dinamakan jodoh! Syukur semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.
Perkenalan singkat Azaria dan Reza berakhir sebagai suami isteri.
Pasangan ini selamat bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu.
Pembaca berita dan pengacara program Money Matters ini menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta sebentuk cincin tanpa wang hantaran.
Memang dari dahulu saya impikan perkahwinan yang simple, tak suka majlis besar sebab rasa membazir!
AZARIA TAGAYA
PERSONALITI TV3
Dalam majlis yang diadakan mengikut prosedur operasi standard itu, Azaria mengenakan kebaya labuh berwarna putih yang dijahit sendiri oleh ibunya dan hanya memakai kasut sniker jenama Converse.
“Alhamdulillah… dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri Reza, buat masa ini kami tiada perancangan nak buat majlis resepsi, cukuplah nikah dan laksanakan apa yang wajib sahaja.
Azaria dan suami tiada perancangan soal cahaya mata.
“Memang dari dahulu saya impikan perkahwinan yang simple, tak suka majlis besar sebab rasa membazir… lebih baik duit tu disimpan untuk masa depan kami selepas berkahwin,” katanya.
Ditanya mengenai cahaya mata, Azaria berkata dia dan suami tiada perancangan mengenai zuriat.
“Tiada perancangan lagi untuk anak. Itu semua rezeki Allah SWT. Kalau ditakdirkan dalam masa terdekat kita terima sahaja,” ujarnya.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: