Hiburan

Anak bongsu cecah usia 4 tahun, Stacy dan Akim tengah usaha tambah zuriat – “Cuma belum ada rezeki lagi”

SUDAH berusaha untuk menambah zuriat, penyanyi Stacy Anam mengakui anak-anaknya sudah mula bertanya mengenai adik baharu.

Biarpun sebelum ini merancang untuk menjarakkan usia anak, Stacy atau nama sebenarnya Syaikhah Stacy Anam kini hanya menyerahkannya kepada Allah.

“Mungkin jawapan ini dianggap klise oleh segelintir pihak, namun kami sudah berusaha ke arah itu cuma belum ada rezeki lagi.

“Sebelum ini, sememangnya kita merancang untuk memberi jarak. Ini kerana kita ingin memberikan tumpuan kepada setiap anak-anak supaya tiada yang tertinggal.

 

Stacy bersama dua anaknya.

“Kasih sayang diberikan sama rata buat semua. Siapa kita hendak mempersoalkan perancangan Allah SWT. Ia sesuatu yang tidak dapat dijangka,” ujar Stacy.

Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan penyanyi Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret pada 5 Februari 2016.

Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.

Bukan bermakna kami terus selesa berada di belakang tabir, cuma buat masa ini itu fokus kami.

STACY ANAM

PENYANYI

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Stacy mengakui semakin aktif mengatur langkah menguruskan barisan artis di bawah syarikat pengurusan, Rhyme & Rhythm Music Entertainment (R&R) bersama Akim.

Tambah Stacy, buat masa sekarang R&R menguruskan tiga artis di bawah pengurusan mereka iaitu Akim Ahmad, Stacy, Hafiz Zainal, Minsteve, Nona, dan Dunya.

 

Stacy dan Akim sibuk menguruskan syarikat mereka.

“Buat masa ini kami aktif menguruskan artis di bawah pengurusan R&R. Bukan bermakna kami terus selesa berada di belakang tabir, cuma buat masa ini itu fokus kami.

“Apa pun, kami tetap perlu mengekalkan kerjaya sebagai penyanyi untuk kekal relevan dalam industri. Perlu seimbangkan kedua-duanya iaitu bidang nyanyian dan juga komposer,”katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *