“Dulu tengok muka dia, tk sanggup nak terima” – Ibu anggap anak syurga pembawa rezeki

Chibby bersama anak sulungnya, Hessa yang merupakan seorang penghidap sindr0m d0wn.
VIDE0 keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikT0k. Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.
Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.
Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap sindrom down ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.
“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simpt0m slndr0m d0wn, jantungnya juga ada mas4lah.
“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghid4p sindr0m d0wn. Masa tu saya tk boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.
Hessa kini berusia setahun tiga bulan.
“Bila tengok muka dia, autonnatik jadi tk sanggup untuk tk terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.
“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.
Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.
CHIBBY
Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi vide0 keletah anaknya menerusi TikT0k.
Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak sindr0m d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.
Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.
Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Di TikT0k, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.
“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.
“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata to berbalik semula kepada mereka;’ ujarnya lagi.
Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikT0k. Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian. Ujarnya, dia tiada masalah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.
“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim p4ndemlk.
“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun Cvldl9 sedang melanda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. la merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran YouTube sendiri.
Sumber : mStar Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: