Hiburan

Cik B berubah sikap… bekas PA minta Vida terus-terang

BEKAS pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli meminta usahawan kosmetik itu berterus-terang dengan anak-anak mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Iqbal, 27, tindakan Vida atau Hasmiza Othman merahsiakan hubungan istimewa mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan.

“DSV kena terus-terang beritahu tentang hubungan kita ini… dari awal lagi saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B!

“Sejak dahulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami, jadi saya sedikit terk1lan sebab dia lebih selesa berahsia… sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga,” katanya kepada mStar.

 

Cik B sensitif apabila menyebut mengenai perkahwinan ibunya.

Menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa lalu, jutawan berusia 49 tahun ini memberitahu dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal perkahwinan tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B.

Katanya, biarlah anak-anak mengetahui perkara ini melalui media terlebih dahulu sebelum dia menjelaskan mengenai niatnya ingin berkahwin itu.

Saya tak berani nak sahkan tarikh kahwin. DSV pun mahu satu majlis yang gah, di mana peminat juga akan diundang nanti.

AHMAD IQBAL

BEKAS PA VIDA

Sementara itu, Iqbal memberitahu dia dan kedua-dua anak Vida masih mempunyai hubungan yang baik dan sering berhubung bertanya khabar meskipun mereka jarang bertemu.

Iqbal bagaimanapun mendedahkan sejak kebelakangan ini, Cik B mula menunjukkan perubahan sikap dan kurang bercakap selepas gosip cinta ibunya tular di media sosial.

 

Iqbal menanti waktu sesuai untuk masuk meminang Vida.

“Secara peribadi saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma kebelakangan ini saya nampak dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dahulu timbul gosip tentang saya dengan ibunya, dia akan m4rah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya t4kut juga… saya risau kalau dia bosan atau tawar hati mendengar gosip ini.

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi dia tak balas. Saya dah bincang dengan DSV… katanya Cik B perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak DSV terhadap saya,” ujarnya.

 

Iqbal tak sabar mahu mendirikan rumah tangga dengan Vida.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada Disember depan, Iqbal memberitahu mereka akan berkongsi perkembangan lanjut tidak lama lagi.

“Dalam perbincangan lagi, kita dah ada beberapa tarikh pada Disember depan, semua dah dibincangkan termasuklah tema perkahwinan, lokasi dan sebagainya.

“Cumanya terlalu awal untuk berkongsi mengenai perkara itu kerana perlu selesaikan beberapa hal termasuk perlu menjaga hati pihak keluarga.

“Dalam keadaan p4ndem1k Cv1d-19 ini banyak perkara yang tak boleh diselesaikan segera, jadi saya tak berani nak sahkan tarikh sebenar. DSV pun mahu satu majlis yang gah, di mana peminat juga akan diundang nanti,” ujarnya.

Sumber : mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *