Hiburan

Impian Riena Diana miliki kereta pertama tercapai, hadiah ‘birthday’ ke-24 – “Walau tak mewah tapi syukur”

HAMPIR tiga tahun menyimpan angan-angan, akhirnya impian pelakon Riena Diana untuk memiliki kereta pertama tercapai.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, meluahkan rasa syukur kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta jenama Mazda CX5, baru-baru ini.

“Saya memang dah lama nak beli kereta sejak awal bergelar pelakon kira-kira lima tahun lalu… tapi masa itu saya cuba buat loan macam-macam kereta termasuklah Myvi tapi tak lepas.

“Alhamdulillah tahun ini saya dah mampu beli kereta sendiri, selepas bertanya dengan sahabat saya, Uyaina Arshad dia cadangkan kereta sama dengannya, jadi itu sebab saya ambil kereta jenama ini!

“Sebelum ini ada juga tengok-tengok beberapa jenama kereta lain, tapi setelah difikir-fikirkan kereta ini paling sesuai untuk kegunaan harian,” katanya kepada mStar.

 

Riena bangga dapat beli kereta hasil simpanan sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi Instagram, penyampai radio Hot FM ini berkongsi kegembiraannya memiliki kereta pertama semasa ulang tahun kelahiran ke-24 yang disambut pada 3 September lalu.

“Belanja sikit hadiah hari jadi saya… Alhamdulillah di usia 24 tahun saya dapat capai satu pencapaian dalam hidup. Lain orang lain perjalanan hidup.

“Bukanlah mewah mana tapi ini sudah lebih menggembirakan. Lebih banyak akan datang InsyaAllah. Selepas ini apa pula ya?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

Riena bersama bapa tersayang yang banyak memberi sokongan.

Sementara itu, Riena berkata meskipun ini bukan jenama kereta impiannya, namun dia tetap bersyukur kerana dapat memiliki kenderaan yang boleh dijadikan pengangkutan untuk mencari rezeki dan kegunaan keluarga.

“Kalau ikutkan kereta idaman saya ialah Range Rover. Tapi belum ada rezeki… dapat Mazda pun Alhamdulillah seronok sangat. Kalau orang lain mungkin beli kereta lebih mewah tapi saya memilih untuk ukur baju di badan sendiri.

Saya suka kereta besar macam ni sebab senang nak angkut barang pergi lokasi penggambaran. Lebih selesa!

RIENA DIANA

PELAKON

“Saya pun kira baru lagi bekerja, tak tahu apa akan jadi lepas ni… sebaiknya simpan duit untuk hal yang lebih penting. Jadi tak apa la simpan dulu angan-angan nak pakai kereta mewah, kita beli apa yang mampu dulu!” ujarnya.

Mengimbau kenangan di awal-awal pembabitannya sebagai pelakon, Riena berkata dia meminjam kereta bapa saudaranya untuk kegunaan harian.

Riena bersyukur bakatnya semakin mendapat perhatian dan rezeki mencurah-curah dalam bidang ini.

“Sebelum ini saya pinjam kereta Myvi pakcik saya, kalau nak cerita memang banyak kenangan dengan kereta itu. Setahun saya guna kereta yang tak ada aircond… dah baiki banyak kali pun tetap buat hal.

“Mahu tak mahu terpaksa juga pakai ulang alik kerja, pergi set penggambaran… berpanas ke sana-sini. Apabila ada rezeki lebih sikit ni kita beli la sendiri kereta yang lebih selesa.

“Saya suka kereta besar macam ni sebab senang nak angkut barang pergi lokasi penggambaran. Lebih selesa, Alhamdulillah sekarang dah tak perlu nak berpanas dalam kereta dah,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *