Khaty Fauziah dikcam seronok rentas negeri berkumpul dengan anak-anak, – “Anda bayangkan tak kalau prosedur jantung saya g4gal?”

PERKONGSIAN pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman bersama anak-anak mereka termasuklah aktor Shahiezy Sam di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen.
Menerima pelbagai kecaman gara-gara dianggap melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 1, Khaty, 64 yang kini menetap di Melaka mengakui terpaksa ke Selangor atas urusan kesihatannya.
Baru sahaja selesai menjalani prosedur jantung pada tiga bulan lalu, Khaty memberitahu dia hanya bermalam di rumah anaknya kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.
Khaty turut memuat naik dokumen rawatan susulan jantungnya.
“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.
“Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa.
“Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan.
Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.
KHATY FAUZIAH
PELAKON
“Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya… ikut SOP,” katanya.
Pemilik nama Fauziah Khatijah Musa ini tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Isnin selepas menerima pelbagai kecaman.
Tidak cukup dengan penjelasan itu Khaty turut berkongsi rekod perubatan yang kelihatan tarikh temujanji di IJN pada hari ini (Isnin).
Menerusi perkongsiannya pada Ahad, Khaty memuat naik foto bersama semua anak, menantu dan cucunya yang sudah beberapa bulan tidak bertemu.
Foto Khaty berkumpul dengan ahli keluarganya.
Kesal dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata tidak baik, Khaty turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tergores hati dengan perkongsian tersebut.
“Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat prosedur jantung yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP.
“Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantung saya gagal ketika itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.
“Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau silap dan salah harap dimaafkan sahaja,” ujarnya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: