Viral

Duda muda usia 23 tahun hanya fikir kerja untuk anak! Tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi dengan rakan – “Tak mahu dia rasa kekur4ngan”

KASIH ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang sanggup bekerja keras demi anak tatkala rakan-rakan seusianya masih bersuka ria menikmati zaman bujang.

Rakaman video yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan menunjukkan detik-detik dia bersama anaknya yang masih lagi kecil.

Video tersebut setakat ini meraih hampir 120,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Firdaus Ahmad, berkata, dia kini menjaga anaknya Raudatul Jannah Ahmad Firdaus yang berusia dua tahun setelah bercerai dengan isterinya pada awal Mac tahun ini.

Ahmad Firdaus berkata dia berkongsi video tersebut bagi menaikkan semangat. motivasi serta satu bentuk peringatan untuk dirinya supaya untuk terus berusaha mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

“Dalam video tu anak saya, dia ditinggalkan oleh maknya. Jodoh kami tak panjang, kami berkahwin pada 2018 dan bercer41 pada Mac tahun ni.

“Memang ramai yang tak percaya itu adalah anak saya sendiri. Mungkin sebab umur saya yang masih muda lagi kot.

“Sekarang bek4s isteri saya tu pun dah berkahwin dengan orang lain. Video itu adalah sebagai peringatan untuk kekal kuat demi anak saya kerana dia masih kecil.

 

Daus bekerja keras untuk menyediakan segala keperluan anaknya.

“Saya harus lakukan yang terbaik sebagai seorang bapa untuk besarkan anak ini,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Lebih mesra disapa Daus, pemuda berusia 23 tahun itu berkata dia dan bek4s isteri dikurniakan seorang cahaya mata pada 2019 iaitu setahun selepas mereka berkahwin.

Namun rumah tangga yang dibina itu tidak kekal lama apabila tidak lagi wujud persefahaman antara mereka berdua.

“Dah cuba untuk berbincang dan selesaikan dengan cara baik tapi takdir menentukan jodoh kami tak panjang.

“Puas saya cuba pujuk tetap tak berjaya sehinggalah dua minggu kemudian saya dapat panggilan dari mahkamah untuk hadir bagi proses pencer41an,” ujarnya yang menetap bersama keluarganya di Taman Seri Rambai, Melaka.

 

Daus cuba sedaya upaya untuk tidak membuat anaknya rasa keseorangan kerana penceraian ini.

Daus yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui bahawa bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa pada usia yang muda ini.

Tetapi dia bersyukur kerana keluarganya sering memberi kata-kata semangat dan ibunya Fazlinda Fauzi, 46, turut membantu menjaga anak perempuannya.

“Memang susah juga kena jadi ‘bapa tunggal’ pada usia yang muda ni sebab saya bekerja. Jadualnya pula tak menentu, kadang-kadang kerja siang hari dan ada masanya syif malam.

“Saya kira bernasib baik sebab ada kakak dan ibu yang tolong tengokkan anak. Kalau saya keluar bekerja, ibulah banyak tolong jagakan dia.

“Kadang-kadang bek4s isteri ada juga datang ambil anak, kami bergilir-gilir jaga. Ada masa dua bulan saya jaga dan kemudian giliran dia pula.

Tapi kahwin ketika usia yang muda ni, cabaran dan dugaannya itu besar

AHMAD FIRDAUS AHMAD

“Keluarga saya banyak beri semangat, mereka suruh bersabar, cekalkan hati dan jangan putus asa. Mereka juga ingatkan supaya jangan biarkan anak itu rasa kekurangan disebabkan pencer41an.

“Bila dah jadi seorang bapa ni saya belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab kerana masa nak enjoy atau bersuka ria macam orang lain tu dah tak ada.

“Masa untuk diri sendiri pun tak ada, kena kerja untuk pastikan keperluan anak cukup semuanya,” katanya yang sudah tiga tahun bekerja sebagai pembuat kopi di Kota Laksamana, Melaka.

Sebagai seorang yang pernah mendirikan rumah tangga pada usia muda, Daus menasihatkan golongan yang masih bujang supaya perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan dugaan di alam perkahwinan.

Tambahnya lagi, seseorang itu perlu mempunyai kewangan yang stabil dan sedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

“Ajal, m4ut serta pertemuan itu semuanya di tangan tuhan dan perkahwinan itu adalah suatu perkara yang baik. Tak gunalah bercinta lama-lama tapi tak ada perancangan nak berkahwin.

 

Daus (kanan) terpaksa korbankan masa mudanya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Tapi kahwin ketika usia yang muda ni, cabaran dan dugaannya itu besar. Kita kena bersedia dari segi kewangan yang stabil dan paling penting sekali masing-masing kena bersedia mental dan fizikal.

“Apa-apa pun, kalau rasa dah bersedia dan ada kemampuan boleh je teruskan niat untuk berkahwin,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *