Viral

Anggota SMART tak kecil hati dis4ngka pak guard! Handal kerja menyel4mat tapi bila ‘live’ di TikTok terus dilabel cal0n suami mithali

VIDEO yang memaparkan pemuda ini berpakaian seragam warna biru menimbulkan tanda tanya segelintir pengikutnya di aplikasi TikTok.

Ada antara mereka menyangka lelaki kacak ini merupakan anggota polis, malah ada yang beranggapan dia bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Namun, perkongsian video-video yang memaparkan aktiviti pasukannya membuatkan ramai mula mengenali lebih dekat organisasi yang menyarung pakaian seragam biru itu.

Pemuda berkenaan, Ahmad Sahfezal Ismail berkata, dia sebenarnya merupakan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang ditubuhkan pada 1995 di bawah Arahan No.19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan tr4ged1 runtvhan kondominium Highland Towers pada 1993.

Walaupun sering disangka menganggotai pasukan beruniform lain, anak muda berusia 29 tahun itu bagaimanapun tidak berkecil hati, malah berfikiran positif.

“Bukan setakat di TikTok, kadang-kadang di luar pun ada yang tegur saya dengan panggilan abang polis atau pak guard. Satu perkara biasa.

“Setidak-tidaknya mereka masih tahu saya bertugas dalam urusan melibatkan soal menyelamat dan keselamatan. Pada masa sama, saya perjelaskan mengenai saya merupakan anggota SMART,” katanya kepada mStar.

 

Bersama pasukan SMART sebelum p4ndemik Cv1d-19, Pokja (belakang, tiga dari kanan).

Mengulas lanjut, dia yang lebih dikenali sebagai Pokja berkata, SMART merupakan pasukan yang melaksanakan tugas-tugas mencari dan menyelamat khas, yang memerlukan kepakaran, kemahiran dan peralatan serta kelengkapan yang khusus dalam sesuatu kejadian benc4na.

Berkongsi pengalaman, anak kelahiran Marang, Terengganu ini berkata, dia memulakan kerjayanya sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2012 sebelum menganggotai SMART pada 2018.

 

Pokja merupakan anak kelahiran Terengganu.

“Saya turun padang dalam menjalankan operasi pada tahun ketiga di SMART, dengan mengendalikan hal berkaitan Cv1d-19 bagi ketibaan rakyat Malaysia dalam dan luar negara di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

“Cv1d-19 juga dikategorikan sebagai benc4na. Kebanyakannya saya bersama pasukan menguruskan hal ehwal mereka ke pusat ku4rant1n,” ujar anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Pokja (kanan) ketika bertugas di KLIA.

Pengalaman yang paling tidak dilupakan Pokja adalah sewaktu menguruskan ketibaan seorang pelajar perempuan yang pulang dari Turki dan dis4hkan p0s1tif Cv1d-19.

“Sebelum bertolak balik ke Malaysia, anak dia dah beritahu sekian hari. Walaupun tahu anak kena kuar4nt1n, tapi mak ayah dia sanggup datang nak tengok dari jauh di balai ketibaan.

Bukan setakat di TikTok, kadang-kadang di luar pun ada yang tegur saya dengan panggilan abang polis atau pak guard. Satu perkara biasa

AHMAD SAHFEZAL ISMAIL

“Rindu katanya sebab tiga tahun tak jumpa. Mak dia nak jumpa walau sekejap tapi kami perlu mengikut prosedur kuar4nt1n apatah lagi anaknya p0s1tif Cv1d-19.

“Dari jauh nampak makcik tu menangis, saya pun sama bergenang air mata. Makcik tu mesti tak sangka, anak yang dah lama tak balik Malaysia p0s1tif Cv1d-19,” tambahnya.

 

Turut pakar memasak nasi dagang.

Siapa sangka anggota SMART ini juga berpengalaman menjual ayam golek dan pakar memasak pelbagai jenis nasi seperti nasi dagang, nasi Arab, nasi beriani, nasi lemak dan nasi minyak.

“Berniaga ayam golek ni tolong kawan bermula sejak bulan puasa, sehingga sekarang terutama pada hujung minggu. Saya juga buka tempahan nasi dagang, mengikut resipi mak

“Selain memasak, saya juga selalu buat live di TikTok sambil buat kerja rumah seperti memasak, mengemas dan menjemur pakaian.

“Ada yang komen dah la handsome, pandai masak, rajin kemas sesuai jadi calon suami mithali. Saya rasa kelakar, tapi pelik sebab seolah-olah lelaki ini tak tahu buat semua tu… tapi sebenarnya lelaki pun boleh!” ujarnya yang masih bujang.

Sumber:Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button