‘Kalau Dulu Mnyanyi Duet Dgn Arwh Isteri, Buat Rehearsal Bagai Nak Rak. Tapi Bila Mengaji Tak Reti’ – Shuib

PADA usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetul bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat.
Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pem3rg1anan Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.
“Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.
“Saya rasa macam… ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya.
Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.
Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.
Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.
“Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.
“Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi.
Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran
SHUIB SEPAHTU
PELAWAK
“Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.
“Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi, mendayu-dayu.
“Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwh isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa tervk sangat,” katanya.
Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.
Shuib kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.
“Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.
“Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.
“Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.
Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah men1nggl dun1a pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.
Untuk rekod, Shuib dan arwh Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembed4han pada 6 Ogos lalu.
sumber: mStar
kredit: Muzik Jalanan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: