Viral

Gadis perjelas kenapa ada ‘kedai’ dalam bilik, kakak dan ibu selalu datang siap hulur duit – “Sis dah boleh letak scan MySejahtera ya”

BUKAN setakat almari pakaian, malah bilik gadis ini turut menempatkan sebuah rak khusus untuk makanan, kertas pembalut serta pelbagai lagi barangan lain di biliknya.

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan ibunya mahu membeli ‘jajan’ (kudap-kudapan) turut menghiburkan netizen.

“Sekejap mak, sekejap kakak masuk bilik,” demikian tulis gadis berkenaan pada kapsyen video tersebut yang sehingga kini meraih 1.1 juta jumlah tontonan dalam masa kurang dari 24 jam!

Menyingkap laman komen, pelbagai tekaan yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian berkenaan.

“Comelnya rumah ada koop (koperasi).

“Sis dah boleh letak scan MySejahtera ya dekat bilik,” demikian antara komen lucu netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azlina Jainun berkata video berkenaan dirakam secara suka-suka ketika ibunya mahu meminta sebungkus jajan.

“Ya itu memang bilik saya… memang ada banyak makanan seperti coklat, jajan dan barang-barang lain sebab saya buat bisnes surprise delivery atau surprise planner.

“Rumah keluarga saya terletak agak jauh dari bandar. Jadi kalau ke bandar, memang akan beli barang untuk buat stok. Itu yang nampak macam koperasi atau kedai.

 

Azlina mula berjinak-jinak dalam bisnes gubahan ‘surprise delivery’ sejak dua tahun lalu.

“Biasanya mak dan kakak jadi ‘pelanggan’ sebab suka kudap-kudap kekacang. Sebenarnya malam tu, mak masuk nak minta kacang, tapi saya minta dia keluar sekejap dan pakai tudung sebab nak rakam.

“Tak sangka bukan setakat pakai tudung, tapi mak siap bawa duit RM3 konon-konon jadi pelanggan kedai. Saya pun tergelak tengok lakonan mak. Tak sangka bila post boleh jadi viral,” cerita gadis berusia 21 tahun ini.

Menurut gadis yang menetap bersama keluarganya di Felda Kota Gelanggi 3, dia menyediakan perkhidmatan ‘surprise delivery’ sempena ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai kejutan lain di sekitar Jerantut dan Jengka, Pahang.

 

Menerima tempahan dari SMK Inderapura, Jerantut untuk pelajar cemerlang SPM 2020.

“Saya dah mulakan bisnes ni sejak dua tahun lalu. Mula-mula buat part time masa sedang belajar. Sekarang dah tamat diploma dan selesai praktikal, jadi saya tumpukan 100 peratus untuk bisnes ini.

“Semuanya saya buat seorang diri. Gubahan nak buat jambangan pun saya belajar menerusi YouTube sahaja. Awal-awal memang kurang cantik tapi bila lama-lama practise, dah improve.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Boleh dikatakan setiap hari memang saya keluar untuk buat delivery. Saya buat jambangan dan gubahan wang kertas, buah-buhan, coklat, minyak wangi, set alat mekap dan macam-macam lagi.

Semuanya saya buat seorang diri. Gubahan nak buat jambangan pun saya belajar menerusi YouTube sahaja.

AZLINA JAINUN

“Semuanya mengikut permintaan daripada pelanggan. Tapi yang paling mendapat sambutan adalah jambangan wang kertas dan coklat,” ujarnya yang merupakan graduan bidang Geomatik dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang.

Tidak menyangka videonya meraih jumlah tontonan yang tinggi, Azlina yang juga anak bongsu daripada sembilan adik beradik, dalam masa yang sama melahirkan rasa terharu apabila membaca komen positif daripada netizen.

 

Azlina (kanan) bersama keluarganya.

“Saya upload suka-suka saja tapi tak sangka menghiburkan ramai orang. Mak pun terkejut sebab dia tak sangka ramai yang tengok.

“Daripada komen tu, ramai dah boleh teka yang saya buat bisnes delivery. Tapi seronok baca komen lucu. Ada juga yang seronok tengok hubungan ibu dan anak. Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang komen dan sudi share,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *