Global

Pelakon Indonesia ham1l enam bulan ‘mengidam’ berbual dengan Song Joong Ki, suami usaha sampai tercapai!

BINTANG Indonesia, Felicya Angelista meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berbual secara peribadi dengan aktor Korea, Song Joong Ki akhirnya tercapai.

Menurut laporan Kompas.com, Felicya berkata dia teruja dan hilang kata-kata apabila dapat bertentang mata dengan pelakon popular itu menerusi panggilan video, baru-baru ini.

Felicya yang kini hamil enam bulan memberitahu pelakon drama bersiri Vincenzo itu sanggup meluangkan sedikit masa di set penggambaran semata-mata mahu memenuhi impiannya itu.

“Saya suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa… hilang kata-kata kerana salah satu impianku tercapai.

“Ternyata mengidam saya kesampaian guys, bukan cuma video tapi panggilan video dan dia berada di lokasi penggambaran. Dia sanggup keluar sebentar, mungkin semasa itu dia berehat atau mekap.

“Tapi dia masih sempat video call saya!” katanya.

 

Felicya hilang kata-kata apabila bertentang mata dengan pelakon pujaannya itu.

Sebelum itu, Felicya meluahkan keinginan kepada suami, Hito bahawa dia teringin atau mengidam untuk berbual dengan salah seorang aktor kegemarannya.

 

Hito lantas menghubungi rakannya di Korea dan berusaha mendapatkan Song Joong Ki.

“Singkat tapi benar-benar meninggalkan kesan mendalam kerana apa yang dilakukan oleh suami saya ini awalnya difikirkan sangat mustahil.

“Saya masih tidak percaya! Terima kasih Hito dan temannya Raymond yang membuatkan impian saya ini tercapai,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button