Eina, suami seb4k rai ulang tahun perkahwinan, sah Cv1d-19.

PETALING JAYA – Dalam keterujaan meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke tujuh, Datin Eina Azman berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya apabila dia dan suami, Datuk Kaiser Gurmeet Harden serta dua pembantu rumah mereka dis4hkan p0sitif Cv1d-19.
Katanya, buat masa ini mereka menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali di hospital akibat mengalami simpt0n dem4m dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak ter0k dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.
“Macam nak gugur jantung apabila dapat keputusan ujian calitan sebab saya selalu buat. Malah minggu lepas juga kami buat ujian sebelum melakukan pembed4han dan keputusan yang keluar adalah negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu boleh kena.
“Sedih sangat tengok Aubrey dan Karl buat ujian calit4n itu sambal menangis. Sementara tunggu, hati ini risau sangat fikir apa jadi kalau kena pada Aubrey dan Karl atau bibik (pembantu rumah). Tak tahu macam mana nak hadapinya.
“Tapi alhamdullillah mereka dan kakak saya negatif. Sekarang saya mula demam dan batuk. Keadaan suami saya pula kurang okey sebab suhu badan terlalu panas dan oksigen turun naik. Setiap dua hari kami ke hospital untuk pantau dan buat ujian imbasan X-ray,” katanya.
Terdahulu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, menjalani pembedahan pada bahagian lehernya di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu.
Sebelum itu, dia mendedahkan pernah menjalani prosedur biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016 iaitu pengambilan sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.
Sementara, biarpun melalui saat suk4r ketika sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang serentak Hari Kemerdekaan hari ini, Eina bagaimanapun tidak berasa ralat sebaliknya menerima situasi berkenaan dengan berlapang dada.
“Hari ini ulang tahun perkahwinan kami, memang sukar untuk diungkapkan. Apa pun saya percaya semua ini ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka. Saya minta semua doakan kami bersama bibik kembali sihat,” katanya lagi.
Menerusi perkahwinannya dengan Kaiser yang juga ahli perniagaan, rumah tangga mereka dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef.
Pada masa sama, pelakon dan penyanyi itu turut meminta bantuan kepada sesiapa yang pernah melalui pengalaman dij4ngkiti Cv1d-19 supaya dapat berkongsi petua atau amalan harian yang boleh mengurangkan gejala dihadapi.
Sumber: K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: