Hiburan

Tak t4kut dengan Siti Nordiana, peguam dua defendan siap sedia l4wan di mahk4mah – “Mereka berada di sisi kebenaran”

JUMPA di mahkamah!

Dua daripada lima defendan bagi kes sam4n f1tnah Siti Nordiana iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G, sekali lagi menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kes4lahan terhadap penyanyi berkenaan.

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili mereka, penegasan itu menjadi asas kepada penyataan pembelaan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

“Secara ringkasnya, berdasarkan pembelaan yang dimasukkan, pihak defendan keempat dan kelima percaya kes ini adalah tidak wajar diteruskan kerana kata-kata yang diadukan Siti Nordiana tidak berbaur f1tnah.

“D4kwaan f1tnah yang dibuat oleh Siti Nordiana terhadap anak-anak guam adalah disangkal,” katanya menerusi satu kenyataan media kepada mStar.

Dalam pada itu, Nurul Hafidzah daripada Tetuan Nurul Hafidzah and Associates ini berkata anak guamnya tidak gent4r untuk berdepan dengan pihak plaintif dalam mencari kebenaran berhubung isu ini.

 

Siti Nordiana menuntut ganti rugi khas, ganti rugi tervk dan ganti rugi teladan daripada lima sekawan.

Ini kerana dia yakin tiada sebarang elemen f1tnah dalam kenyataan atau percakapan anak-anak guamnya.

“Defendan-defendan tidak t4kut kerana mereka berada di sisi kebenaran.

“Pihak defendan akan berjumpa pihak Siti Nordiana di mahkamah dan barisan peguam kami akan memberikan yang terbaik untuk membela nasib defendan-defendan semasa perbicaraan,” katanya.

Defendan-defendan tidak t4kut kerana mereka berada di sisi kebenaran!

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

Sebelum ini, Nurul Hafidzah memberitahu kenyataan daripada pihak plaintif bahawa anak-anak guamnya berkemungkinan mufl1s sekiranya gagal untuk memasukkan kehadiran beserta pernyataan pembelaan selewat-lewatnya pada 17 Ogos lalu adalah kenyataan yang salah dan tidak tepat.

Malah, kedua-dua anak guamnya turut menyangkal dakwaan mereka telah memf1tn4h plaintif dan malah tidak berhak menuntut sebarang pamp4san atau ganti rugi ke atas pihak defendan.

Pihak defendan percaya bahawa semua dakwaan Siti Nordiana adalah tidak berasas dan tiada sebarang kenyataan atau percakapan yang dilakukan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik plaintif, memf1tnah atau memusnahkan reputasi plaintif.

 

Nurul Hafidzah (kiri) mewakili Sam Samin dan Aida G, manakala Alan Razak pula mewakili Syura, Lan Solo serta isteri.

Sebelum ini mStar melaporkan tiga lagi defendan bagi kes sama iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood dan Alan Razak.

Kelima-lima defendan terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Selain itu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.

Untuk rekod, kontr0versi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan k0nflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *