Hiburan

80,000 tudung Fazura bernilai RM2.16 juta ‘s0ld out’ dalam 2 jam

PETALING JAYA – “Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian.”

Demikian ucapan terima kasih dengan nada sebak dan air mata bergvgvran selebriti popular, Fazura kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan emosi apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik C0v1d-19.

 

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.

Jumlah jualan bagi 80,000 helai tudung itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta.

Perkara itu didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam akaun Twitter.

 

“Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang,” ciap seorang netizen.

“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tulis seorang lagi netizen lagi.

Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkes4n akibat Cv1d-19.

 

Ciapan daripada beberapa netizen berhubung jualan Tudung Fazura.

Dedah pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddinnya, angka 27 itu mempunyai nilai sentimental buat dirinya iaitu tarikh ulang tahun kelahirannya serta tarikh Fattah melamarnya.

Sumber:K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button