Hiburan

[VIDEO] Ustazah Tiba-Tiba ‘Ker4s’ Masa Berdoa Waktu ‘Live’ Di IG,Netizen Terhibur Tengok Wanita Ini Melatah

Sungguh pun kita tahu bahawa peny4kit latah ini sangat bah4ya dan meletihkan, tapi tipulah kalau kita tak terhibur apabila melihat reaksi spontan mereka.

Jika diperhatikan, ramai orang akan membuat satu sesi ceramah, belajar, perkongsian, dakwah atau sebarang ‘perjumpaan’ menerusi IG Live, tetapi satu sesi IG Live dari Zahiril Adzim, Shera Ayob, Ustazah Asni Mansor bersama seorang wanita jadi tumpuan netizen.

Tengah khusyuk doa sekali ustazah ker4s, part melatah tu yang berdekah

Ia mencuit hati netizen sehingga video live  tersebut mula tular di platform media sosial yang lain seperti TikTok dan Twitter  sejak malam tadi.

Di Twitter, video ini meraih lebih daripada 2,100 jumlah retweets dalam masa 18 jam ia di muat naik. Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memperlihatkan Ustazah Asni Mansor sedang membaca doa, diiringi dengan  Zahiril Adzim bersama isterinya dan seorang lagi wanita aminkan doa tersebut.

 

Tapi sama seperti kita selalu hadapi, ada kalanya rangkaian tidak berapa elok dan membuatkan sesi tersekat dan boleh terputus, dan itu terjadi kepada ustazah ini, ketika mereka sedang khusyuk berdoa, tiba-tiba si ‘ketua’ yang baca doa ini  ‘ker4s’ dan ‘terputus’.

 

Aku dari tadi dok gelak – Netizen

Apa yang membuat netizen tak tahan nak tergelak adalah, melihat wanita itu melatah, malah kalau dilihat reaksi Zahiril dan Shera juga, mereka memang tak boleh nak tahan gelak.

 

Difahamkan ia bukanlah pertama kali wanita itu melatah, dikatakan ustazah Asni Mansor sendiri suka menyakat wanita tersebut dalam sesi live sebelum-sebelum ini.

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *