Hiburan

“Sayang jangan tutup kilang dulu ya” – Wawa Zainal hamil anak keempat, Aeril Zafrel nak cukupkan 5

TIDAK mahu terus membuatkan netizen berteka-teki, pelakon Aeril Zafrel mengesahkan isterinya Wawa Zainal kini hamil anak keempat mereka.

Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari, 33, meluahkan rasa syukur dan berharap isterinya yang bakal bersalin dalam masa terdekat dipermudahkan urusan.

“Alhamdulillah ya Allah doa dimakbulkan dapat baby nombor empat. Tinggal nak satu je lagi.

“Semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tidak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.

“Semoga Wawa sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang jangan tutup kilang dulu ya” tulisnya di Instagram.

 

Foto yang dimuat naik Aeril yang memperlihatkan ‘baby bump’ Wawa Zainal.

Terdahulu, foto Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, yang dimuat naik di laman sosial menimbulkan tanda tanya netizen apabila memperlihatkan ‘baby bump’.

Wawa dalam satu laporan media turut memberitahu dia kini hamil enam bulan dan berada dalam keadaan baik.

“Sebenarnya, saya memang hamil enam bulan, sudah nak masuk tujuh bulan. Alhamdulillah, keadaan saya okey,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber :  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *