Viral

Dua kali bed4h, wanita hid4p tum0r sejak kecil terp4ksa ketepi rasa malu demi sesuap nasi – “Kalau orang pandang buat tak tahu saja”

SUDAH menjadi lumrah hidup, setiap insan menerima ujian berbeza-beza.

Begitu juga dengan wanita ini yang reda diuji dengan ketvmbuhan pada mata sejak berusia dua tahun.

Menurut Nor Najwa Ayuni Hamdan, 30, dia reda apabila dis4hkan mengh1dap neurofibromatosis dan cuba menjalani kehidupan biasa seperti insan-insan lain.

Mesra disapa Najwa, dia ketika dihubungi mStar mendedahkan pernah menjalani pembed4han sebanyak dua kali, namun ketvmbuhan itu tetap ada sehingga ke hari ini.

“Ia bermula ketika saya umur dua tahun. Kecil sahaja pada waktu itu sehinggalah saya terp4ksa dibed4h pada umur empat tahun.

“Ingatkan dah habis, rupa-rupanya masih ada lagi ketvmbuhan selepas dibed4h. Kemudian saya menjalani pembed4han kedua ketika umur 16 tahun.

“Pada waktu itu ketvmbuhan dah besar, doktor buang yang bahagian tepi saja. Sekarang saya hanya melihat dengan satu mata,” ujarnya.

 

Menurut wanita dari Hulu Terengganu itu, pandangan yang terhad menjadi cabaran utama, namun dia sudah terbiasa.

Malah katanya, dia tidak mahu bersedih dengan takdir, sebaliknya mahu cekal meneruskan kehidupan untuk menyara diri.

Masa sekolah rendah ada budak-budak ejek, sekolah menengah dah tak ada.

NAJWA

“Saya dah enam tahun menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sekarang saya bekerja dalam bidang customer service.

“Memang pandangan saya terbatas, tapi saya dah terbiasa. Ketvmbuhan ni pun tak sakit, cuma kadang-kadang ia rasa berdenyut.

“Kadang-kala saya rasa segan juga. Tapi kalau saya tak yakin, macam mana saya nak kerja dan dapat duit? Jadi saya teruskan macam biasa,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

Imbas Najwa, dia juga pernah diejek ketika zaman sekolah rendah, namun semuanya berubah apabila dia ke sekolah menengah.

“Masa sekolah rendah ada budak-budak ejek, sekolah menengah dah tak ada. Kalau ada orang tanya, saya sedia bercerita. Cuma tak suka bila orang pandang pelik kepada saya.

“Dah terbiasa sejak kecil lagi, tapi kadang-kadang tetap malu nak pergi tempat orang ramai,” ujarnya lagi.

 

Disebalik ujian yang dihadapi bertahun lama, Najwa turut menerima banyak sokongan selepas videonya tular di TikTok.

Kata Najwa, dia tak sangka akan meraih perhatian ramai dan berterima kasih atas segala doa yang dititipkan kepadanya.

“Saya terharu sebab ramai yang prihatin dan doakan saya. Saya juga tak sangka akan viral.

“Banyak yang positif, ada juga indidvidu senasib dengan saya tinggalkan komen. Pesan saya kepada mereka yang ada penyakit ini, abaikan kata-kata negatif. Kalau orang pandang, buat tak tahu saja.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat saja. Kalau kita rasa kita ni teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah kat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, selalu fikir positif dengan Allah,” ujarnya lagi.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button