Tiba-tiba nak pengs4n sebab p1tam, Diana Rafar alami kegvgvran

Kuala Lumpur: Pelakon Diana Rafar mengalami kegvgvran pada usia kandungan dua bulan, hari ini.
Diana, 39, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, dia juga baharu mengetahui dirinya sedang h4m1l apabila mengalami pend4rahan.
“Sejujurnya saya tak tahu pun h4m1l. Apabila tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, buat pemeriksaan saya mengandung lagi.
“Ketika itu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Dalam masa sama saya sudah mengalami pend4rahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.
“Prosedur masuk bilik pembed4han sangat menakvtkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman. Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Diana juga isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, dia reda dengan perkara itu selain menganggap tidak ada rezeki.
“Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi berusia setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan kegvgvran pula, saya anggap ia bukan rezeki kami.
“Saya masih lagi dirawat di hospital. Ini pun saya masih lemah dan semangat tak kuat. Fobia menjalani pembed4han semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari pun belum hilang lagi.
“Terima kasih pada semua yang tidak henti menghantar mesej (DM) di IG dan bertanya mengenai keadaan saya. Doakan semoga saya cepat sembuh,” katanya.
Pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki.
Diana dan Zamarul sebelum ini dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.
Sumber: Metro Online