“Patutlah men4ng1s macam nak kelu4r biji mata” – Mila Jirin ditudvh dapat habuan besar, bakal ambil tindakan kerana dif1tn4h

MEL4MPAU! Kenyataan dimuat naik seorang individu di laman Facebook dengan mendakwa Mila Jirin menerima sejumlah wang bantuan daripada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dianggap keterl4luan dan berunsur f1tnah.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan yang dianggap menjejaskan reputasinya sebagai ahli perniagaan.
“Disebabkan f1tn4h yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reput4s1 saya.
“Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepada Encik Afiq (pengguna facebook).
“Semua komen yang berlaku di ruangan komen juga sudah diteliti,” tulisnya di Instagram.
Mila turut memuat naik paparan skrin kenyataan individu berkenaan di platform berkenaan pada Rabu.
Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan mendakwa penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerima RM76,000 sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan RM38,000 sebulan pada fasa berikutnya.
“Patutlah menangis macam nak kelu4r biji mata, ada makna rupa-rupanya.
“PKP 1.0 dapat RM76,000 sebulan, fasa seterusnya RM38,000 sebulan.
Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah
MILA JIRIN
PENYANYI
“Untung syarikat kau Mila, orang lain duit simpanan sampai habis dit4r4h, terp4ksa korek KWSP untuk teruskan perniagaan dan kelangsungan hidup. Akhirnya gulung tikar sebab tak tahan.
“Patutnya kau senyap-senyap jelah jangan pecahkan tembel4ng sendiri. Ni satu dunia tahu,” tulis individu tersebut.
Menjelaskan tentang jumlah yang dinyatakan individu berkenaan, Mila ketika dihubungi mStar mengakui dia menerima wang tersebut.
Bagaimanapun tegas Mila, peruntukan itu merupakan bayaran daripada Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ia berfungsi untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat p4ndem1k Cv1d-19 sejak tahun lalu.
“Ini pengalaman pertama saya sebagai peniaga dapat bantuan yang cukup besar.
“Untuk pekerja mereka bantu RM1,200 seorang selama enam bulan kepada yang layak. Syarikat saya 62 orang kali dengan RM1,200 memang dalam lebih RM70,000.
“Jumlah itu memang betul tetapi apa yang saya sedih orang cakap saya terima duit har4m,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mila sekali lagi menegaskan tentang bantuan yang diterima daripada kerajaan itu adalah manfaat kepada semua pekerjanya.
Katanya, bukan dia sahaja yang mendapat bantuan subsidi upah, malah ratusan ribu majikan lain turut layak menerima bantuan berkenaan.
“Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah. Ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.
Mila mengusahakan perniagaan perancangan perkahwainan Bizmilla.
“Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla.
“Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak,” tulisnya lagi.
Pada Ahad, Mila memuat naik video meluahkan perasaan sedihnya mendapat berita Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Menerusi perkongsian memperlihatkan dia menangis sebak dengan situasi politik yang tidak menentu ini, ada juga segelintir netizen yang menuduh dia dibayar untuk bertindak demikian.
Bagaimanapun Mila memberitahu, tindakannya itu tiada kaitan dengan unsur politik, malah hanya berkongsi rasa sedih dengan pengikut di Instagram.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: