Hiburan

Nabil Ahmad, isteri pad4m foto lama… pem3rg1an Siti Sarah beri kesan mend4lam – “Ujian paling besar setakat ini nak kekal istiqamah”

PELAWAK popular Nabil Ahmad memberitahu dia dan isteri Nazira Ayub sudah memad4m foto-foto lama yang dirasakan tidak sesuai untuk tatapan umum di laman sosial Instagram.

Selain itu, menurut Nabil, 37, dia juga banyak melihat perubahan isterinya ke arah lebih baik selepas pem3rg1an Allahy4rhamah Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.


“Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur… saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat.

 

Nabil bersyukur dengan perubahan isteri dan rakan selebriti seperti Nana Mahazan yang kini bertudung.

“Saya doakan mereka ini terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pem3rg1an arwh Siti Sarah.

“Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar.

NABIL AHMAD

PENGACARA

Pengacara program Gegar Vaganza itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual sempena ulang tahun ke-25 Astro secara maya pada Selasa.

Isteri kepada Nabil mula mengenakan hijab sejak Januari lalu manakala baru-baru ini ramai selebriti antaranya Nana Mahazan, Siti Elizad, Fieya Julia, Vicha Saywho dan Izara Aishah mula bertudung.

Dalam pada itu, Nabil mengakui dia sendiri berdepan dengan ujian besar untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

 

Nabil bersama isteri dan tiga orang anak mereka.

“Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah… nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu dah jadi slow.

“Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalanan hidup saya.

“Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai cap (topi) tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *