Viral

Berniqab tak halang ibu 2 anak ride superbike, tegur4n netizen elak diri dari ‘sy0k sendiri’ – “Beli untuk suami, saya pula lebih-lebih”

 

DUNIA permotoran biasanya cukup sinonim dengan kaum lelaki, namun kemunculan seorang rider yang berniqab menerusi video-video di TikTok cukup mencuri perhatian netizen.

Menurut Nuralizatul Syahira Ali, 24, dia sama sekali tak menyangka video memaparkan dirinya yang sedang menunggang Kawasaki Z800 akan tular sehingga meraih hampir sejuta tontonan menerusi platform itu.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahira mengakui sudah lama minat dengan motosikal berkuasa tinggi, namum impiannya baru direalisasikan pada tahun lalu.

“Saya minat motor sejak bujang lagi. Tapi lepas kahwin, saya dah tak ada masa nak fikir mengenai hobi.

“Pada November tahun lepas, saya belikan motosikal sebagai hadiah ulang tahun kepada suami. Pada awalnya dia fikir saya nak belikan Y15, tapi saya maklumkan bahawa saya nak beli superbike.

“Bila dah beli, suami suruh cuba tapi saya tak berani, saya takut jatuh. Lepas seminggu, saya cuba dan tak sangka boleh tunggang motor tu.

“Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih,” ujarnya berseloroh.

 

Syahira banyak berkongsi video menerusi TikTok.

 

Bermula detik itu, Syahira mengakui dia semakin seronok dengan hobi permotoran sehingga dia banyak berkongsi video-video menerusi aplikasi TikTok.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mahu menyampaikan mesej kepada kaum hawa di luar sana agar berani mengejar impian mereka dalam apa jua cara sekali pun.

Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider-rider kaum hawa yang lain selepas tamat p4ndem1k Cv1d-19.

SYAHIRA

“Saya belum pernah ride solo jauh-jauh. Cuma kadang-kala saya akan hantar suami ke tempat kerja yang mana perjalanannya sekitar 18 km. Pagi saya hantar, petang saya ambil.

“Pada saya, bertudung atau berniqab tak menghalang kita untuk buat perkara yang kita suka. Selagi boleh tutup aurat, saya rasa tak salah. Paling penting kena dapatkan restu suami.

“Saya rasa satu kepuasan bila naik motor. Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah terlibat dalam sebarang kejadian tak diingini.

 

Syahira bersama suaminya.

“Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider-rider kaum hawa yang lain selepas tamat p4ndem1k Cv1d-19, nak ride ke negeri-negeri lain,” ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor.
Menurut Syahira, selain komen-komen positif dan pertanyaan mengenai motosikal, dia juga tak terlepas menerima kec4man di aplikasi TikTok.
Namun katanya, dia mengambil pendekatan positif dan menerima setiap komen sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Syahira menjemput suaminya pulang bekerja.

“Ada satu komen, dia kata berpurdah konon, tapi baju ket4t. Sebenarnya baju saya longgar, cuma saya masukkan dalam jaket ketika menunggang. Mungkin angle kamera menyebabkan nampak ia ketat.

“Tapi video itu suami saya yang edit dan bagi pelepasan. InsyaAllah lepas ni saya akan tapis dan elak video yang boleh mendatangkan f1tnah.

“Tapi saya anggap dia seorang yang berani untuk tegur. Ia juga membuatkan saya tak ‘syok sendiri’ dan lebih beringat. Saya pandang positif sebagai peringatan untuk diri,” ujarnya lagi.

Menurut Syahira, dia turut menjalankan bisnes kasut dan mula memakai niqab pada tahun 2017.
Syahira setakat ini memiliki 13,800 pengikut di aplikasi TikTok.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *